Tuesday, July 12, 2011

RAKYAT BUAT KEPUTUSAN DI PILIHANRAYA

PM kata orang ramai boleh buat keputusan semasa pilihanraya, dan demonstrasi bukan caranya.  Beliau juga berkata bahawa kerajaan menghormati demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Masyarakat internet sudah ramai meminta beliau mengundurkan diri.  Jelas kewibaannya dipertikaikan!

Pada aku, PM sekarang semakin ketara tidak bijaksana.  Beliau jelas ketara sedang cuba menari mengikut rentak.

Kalau ikut bahasa orang kampung aku, beliau 'sering ngacuk!'  Entah-entah apa lagaknya!

Semoga saja rakyat yang ramai benar-benar semakin bijaksana untuk menilai.  Apa yang lebih penting, semua mesti bertanggung-jawap.  Moga-moga semua akan membuat keputusan di pilihanraya akan datang mengikut seruan Allah swt.

Tuesday, July 5, 2011

ARAK ITU HARAM, PENDAPATAN DARINYA JUGA PASTI HARAM

Tadi aku ke Jabatan Kastam di Sungei Way untuk mendapat clearance kereta saudara yang diimpot balik oleh anaknya.  Kebetulan sudah dekat waktu lunch.  Jadi saja la memandu mencari gerai makan yang ramai orang untuk makan.

Kami singgah di gerai yang menarik hati kerana pilihan lauknya dan juga ramai pelanggannya.  Rupanya ramai pelanggan itu adalah pekerja sebuah syarikat pengeluaran arak jenama yang memang amat dikenali.  Syarikat itu memang beroperasi di kawasan itu.

Ternyata ramai juga orang Melayu Islam bekerja dengan syarikat yang mengeluarkan arak.  Aku lihat sendiri begitu ramai pekerja Melayu yang keluar makan di gerai berhampiran sewaktu lunch tadi tu.

Jadi di dalam hati terasa amat terkilan.  Arak itu jelas haram.  Bagaimana mereka boleh bekerja di sana.  Pendapatan dari aktiviti mengeluar dan menjual arak yang haram pasti jugalah haram.