Wednesday, May 4, 2011

LETIH DAN MALU SUNGGUH

Sejak akhir-akhir ini, malas rasanya nak bercerita tentang apa-apa.  Rasa letih dan malu sungguh dengan situasi di tanah air kita ini.

Aku sendiri memang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.  Hanya Allah Yang Maha Tahu.  Tetapi kenapa begini gayanya.  Sepertinya kita mempunyai undang-undang yang berbeza bagi orang yang berbeza.

Kita mengaku sebagai sebuah negara Islam.  Tetapi banyak hukum Syarie dibelakangkan.

Sekarang malah rakyat kita sendiri dari kaum dan agama lain mentertawakan orang Melayu dan orang Islam.  Nampaknya orang kita terlalu ghairah untuk menjatuhkan musuh peribadi dari kaum dan bangsa sendiri.

Kenapa jadi begini.? Tidak sedarkah bahawa ada kaum lain yang mempunyai objektif yang sama untuk kebaikan bangsa dan kaum mereka.  Walaupun mereka berbeza pendapat dan cara dalam pendekatannya, tetapi mereka bersatu dalam matlamat.

13 comments:

Nori said...

Salam Asan.
Jadi terbalik pulak nampaknya sekarang. Nasib baik rakyat yang ramai tak baran macam di negara2 lain!

CIKDAH said...

Aslmkm Asan.
Apakan daya! Suara ramai perlu kuat!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Dunia akhir zaman!
Jangan berputus asa. Paling tidak, mohonlah dipelihara oleh Allah SWT & doakan yang terbaik ya.

Noris said...

Salam abang Asan.
Memang dunia penuh orang2 seperti itu!

WAK said...

Salam Asan.
Ya, mereka semua mentertawakan kebodohan orang kita & penganut Islam!!!

RAM said...

Salam Asan.
Kesian ramai masih tidak insaf2!

ALIA said...

Salam Asan.
Sudahnya rakyat gigit jari!

ZAZA said...

Salam Asan.
Memang suasana yang menyedihkan. Tapi orang masih tak sedar2!

Zizaq said...

Salam Asan.
Rugi Melayu kerana Melayu! Jelas sekali!
Tapi banyak masih terlena dibuai pembohongan anak bangsa sendiri!

ADZI said...

Salam abang Asan.
Begitu la nasib bangsa yang ditindas bangsa sendiri!

ISARA said...

Salam Abang Asan.
Memang perkembangan yang menyedihkan!

Firdii said...

Salam.
Banyak pengkhianat di kalangan bangsa kita. Tapi banyak terus mendokong juga! Apa hal?

IJA said...

Salam Abang Asan.
Memang menyedihkan!