Gara-gara pengumuman Budget, staf semua juga ikut minta gaji mereka untuk bulan ini dibayar lebih awal. Hujjah mereka ialah semua jabatan kerajaan akan berbuat demikian.
Perjalanan syarikat kan tak sama dengan perjalanan kerajaan. Jadi perit jugalah ni!
Namun mahu tak mahu kena buat adjustments juga la. Memang benar, ramai orang sedang menghadapi masaalah 'kekeringan' selepas Raya.
Tuntutan bayaran bekalan dari jabatan memang lambat pula kali ini. Kekadang rimas dibuatnya kerana ini mengganggu banyak hal.
Nasib baik juga pembekal kami telah memberi kelonggaran tentang pembayaran untuk 60 hari untuk barangan yang terakhir diterima. Jadi boleh 'rolling' juga modalnya.
12 comments:
Salam Asan.
Jadi pekerja, susah! jadi majikan lagi susah!
Begitulah!!!
Aslmkm.
Seronoknyer kalau Bid keje sana! Ada jawatan kosong? Hehe.
Salam Abang Asan.
Baiknya majikan!
Baru le best!
Salam Asan.
Eloklah menjadi majikan yang prihatin.
Salam Abang Asan.
Semua majikan mesti bersikap begini!
Baiknyer!
Kan best kalau boss prihatin!
Salam Asan.
Majikan yang baik & amanah diberkati. Insyaallah.
Salam ziarah.
Semoga sihat bahagia.
Salam Asan.
Alangkah baiknya jika semua majikan begini!
Salam Abang Asan.
Tentu sentiasa didoakan staf dengan doa baik2.
Salam Abang Asan.
Mesti didoakan supaya diberkati la!
Salam semua.
Tqvm ya.
Post a Comment