Showing posts with label Dari kaca mataku. Show all posts
Showing posts with label Dari kaca mataku. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

RAKYAT BUAT KEPUTUSAN DI PILIHANRAYA

PM kata orang ramai boleh buat keputusan semasa pilihanraya, dan demonstrasi bukan caranya.  Beliau juga berkata bahawa kerajaan menghormati demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Masyarakat internet sudah ramai meminta beliau mengundurkan diri.  Jelas kewibaannya dipertikaikan!

Pada aku, PM sekarang semakin ketara tidak bijaksana.  Beliau jelas ketara sedang cuba menari mengikut rentak.

Kalau ikut bahasa orang kampung aku, beliau 'sering ngacuk!'  Entah-entah apa lagaknya!

Semoga saja rakyat yang ramai benar-benar semakin bijaksana untuk menilai.  Apa yang lebih penting, semua mesti bertanggung-jawap.  Moga-moga semua akan membuat keputusan di pilihanraya akan datang mengikut seruan Allah swt.

Tuesday, July 5, 2011

ARAK ITU HARAM, PENDAPATAN DARINYA JUGA PASTI HARAM

Tadi aku ke Jabatan Kastam di Sungei Way untuk mendapat clearance kereta saudara yang diimpot balik oleh anaknya.  Kebetulan sudah dekat waktu lunch.  Jadi saja la memandu mencari gerai makan yang ramai orang untuk makan.

Kami singgah di gerai yang menarik hati kerana pilihan lauknya dan juga ramai pelanggannya.  Rupanya ramai pelanggan itu adalah pekerja sebuah syarikat pengeluaran arak jenama yang memang amat dikenali.  Syarikat itu memang beroperasi di kawasan itu.

Ternyata ramai juga orang Melayu Islam bekerja dengan syarikat yang mengeluarkan arak.  Aku lihat sendiri begitu ramai pekerja Melayu yang keluar makan di gerai berhampiran sewaktu lunch tadi tu.

Jadi di dalam hati terasa amat terkilan.  Arak itu jelas haram.  Bagaimana mereka boleh bekerja di sana.  Pendapatan dari aktiviti mengeluar dan menjual arak yang haram pasti jugalah haram.

Saturday, June 18, 2011

WARGANEGARA INDONESIA WARGANEGARA MALAYSIA?

Seminggu ini banyak kelompok orang Indonesia secara terang-terang menunjukkan kad pengenalan Malaysia mereka.  Pendatang-pendatang haram yang sejak beberapa lama curi-curi kerja sana sini pun menunjukkan kad pengenalan Malaysia mereka.

Apa yang mesti kita dikatakan?  Terperanjat dan terkejut bukan tepat!

Saturday, June 11, 2011

MEMANG ADA ORANG TAK BERHATI PERUT

Lagi-lagi cerita pembantu rumah didera oleh majikan.  Ini kira cerita yang tercetak.  Banyak lagi cerita yang tidak diketahui umum.

Kenyataannya memang ada orang yang tidak berhati perut.  Nak dibuat bagaimana?

Bak kata orang, kalau sudah hatinya tertutup atau keras macam batu, orang yang berkenaan tak dapat dibentuk lagi.  Kira sudah tak makan saman.

Jadi mesti ada perlaksanaan undang-undang yang lebih efektif.  Sekurang-kurangnya ramai orang seperti pembantu rumah dan mereka yang tidak berdaya akan mendapat perlindungan.

Wednesday, May 4, 2011

LETIH DAN MALU SUNGGUH

Sejak akhir-akhir ini, malas rasanya nak bercerita tentang apa-apa.  Rasa letih dan malu sungguh dengan situasi di tanah air kita ini.

Aku sendiri memang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.  Hanya Allah Yang Maha Tahu.  Tetapi kenapa begini gayanya.  Sepertinya kita mempunyai undang-undang yang berbeza bagi orang yang berbeza.

Kita mengaku sebagai sebuah negara Islam.  Tetapi banyak hukum Syarie dibelakangkan.

Sekarang malah rakyat kita sendiri dari kaum dan agama lain mentertawakan orang Melayu dan orang Islam.  Nampaknya orang kita terlalu ghairah untuk menjatuhkan musuh peribadi dari kaum dan bangsa sendiri.

Kenapa jadi begini.? Tidak sedarkah bahawa ada kaum lain yang mempunyai objektif yang sama untuk kebaikan bangsa dan kaum mereka.  Walaupun mereka berbeza pendapat dan cara dalam pendekatannya, tetapi mereka bersatu dalam matlamat.

Wednesday, April 27, 2011

LAMA TAK UPDATE

Sejak balik dari pilihanraya negeri Sarawak selesai, tak ada mood pulak.  Frust juga sebab ramai orang masih begitu penakut.

Memang sudah begitu ketentuanNya.  Cuma kita yang mahukan perubahan perlukan masa untuk menerima hakikat ini.

Walaubagaimanapun masih ramai yang memang mengharapkan pucuk pimpinan akan berubah.  Ramai orang sudah terlalu letih dengan apa yang dilakukan dan kerenah mereka yang mendapat kuasa.

Thursday, December 16, 2010

GELOMBANG BUDAYA

Kita memang selalu dengar saja anak-anak VVIPs dan VIPs, seperti ahli korporat ternama dan bapa Menteri menjalani hidup mereka dengan membanggakan budaya metal, hitam dan lain-lainnya yang ala kebaratan semuanya itu.  Hari ini Menteri Perdagangan Dalam Menteri tampil bangga dengan penglibatan anaknya Dafi dalam dunia seni dengan gaya seperti di dalam gambar di bawah.


Di mana identiti bangsa kita?  Apa yang menjadi pegangan pemimpin?  Entahlah, saya memang tidak mengerti!  Malah saya amat kecewa dengan gelombang budaya seperti ini.

Friday, September 24, 2010

WHAT A JOKE

The deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin claimed that his hands are tied in matters pertaining to the cases of the two school principals who allegedly uttered racial remarks.  He claimed only the Public Service Department (PSD), under the Prime Minister's Department could take action.

What a joke?  Politicians always talk politically.  Very often they do not mean what they say, or worst, they do not understand what they are saying!

Our leaders always cry foul about others' misdeeds and inactions.  But when these happen in their own backyard and places under their control, they would offer 101 excuses.

You try asking the PSD about this.  Know what, you would not get the straight answers too.

Saturday, August 21, 2010

SAH SUDAH TENTANG PILIHANRAYA

Mengikut sumber dari negri kelahiran saya, pilihanraya negeri akan diadakan dalam masa terdekat.  Bila tarikhnya tentulah hanya akan diumumkan nanti.

Ikutkan hati malas nak balik mengundi.  Tetapi jika diadakan semasa saya sekeluarga balik bercuti sempena hari raya, tentulah saya akan turut mengundi juga.

Angin bertiup kencang dengan perubahan sikap ramai warga Sarawak.  Namun begitu, tiada janji yang pasti.  Bukan apa, rakyat yang miskin tegar di ceruk pendalaman mungkin akan mengikut tradisi juga.

Friday, August 13, 2010

PUASA MENAHAN LAPAR

Nampaknya ramai orang berpuasa dengan hanya menahan rasa lapar dan dahaga di siang hari saja.  Nafsu kebanyakan manusia masih di tahap yang kurang mantap.  Saya pun kekadang rasa saya mengikut nafsu.

Salah satu hal yang ketara ialah ramai orang yang berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini masih berpakaian yang tidak Islamik.  Ramai perempuan terus memakai seluar sendat, berskirt dan berbaju pendek serta pastinya tidak bertudung.

Kemudian masih ramai asyik suka mengutuk orang.  Ada saja yang tak kena mengenai orang lain.

Seperkara lagi ialah tentang orang ramai berpusu-pusu ke pasar/bazaar Ramadhan.  Sudah dua hari berpuasa ini jalan-jalan menuju ke pasar/bazaar Ramadhan begitu sesak.  Lepas itu kebanyakan gerai makanan/minuman memang ramai orang beratur menunggu giliran membeli.  Macam-macam yang dibeli.  Ini termasuk saya jugalah.

Aduh! Bila difikirkan memang terasa benar ramai orang memang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari saja.

Monday, August 2, 2010

IKAN TERUBUK MASIN

Antara buah tangan yang sering dibeli di Sarawak termasuklah ikan terubuk masin.  Di mana-mana pasar atau pasar tani mesti ada orang jual ikan terubuk masin ini.  Harganya tidak juga murah.

Saya sebagai seorang Sarawak jati, iaitu memang 100 peratus, pun kurang mengerti kenapa terubuk masin ini popular.  Bagi saya tidak ada apa rasa istimewanya.  Habis-habis orang goreng sebagai ikan kering atau ikan asin saja.  Mungkin ada yang buat masak lain seperti kari atau masak lemak.  Begitu pun saya tidak rasa ia istimewa.

Bagi saya telur terubuk adalah jauh lebih sedap dan lebih istimewa.  Tetapi sekarang harganya amat mahal dan memang susah juga untuk mendapat bekalannya.

Wednesday, July 28, 2010

"JUMPA DI SYURGA"

Di dalam lagu, semasa kehidupan dan kematian, orang sering berucap "Jumpa Di Syurga" seolah-olah semua manusia akan berakhir di Syurga di Sana.  Tetapi yang berlagu, yang saling mengucapkan ramai yang hidupnya tidak menepati ciri-ciri ahli-ahli Syurga.

Dalam melihat kesedihan keluarga yang ditimpa musibah, saya turut rasa simpati.  Orang tersayang sudah terbujur kaku di atas katil menanti upacara mandi, mengkafankan, disembahyangkan dan seterusnya untuk dikebumikan.  Keluarga si mati berpakaian serba hitam.  Begitu juga dengan orang-orang yang datang berziarah kebanyakannya berpakaian serba hitam atau serba putih ataupun dalam warna-warna pastel lembut.

Semasa orang mengkafankan, terdengar siibu memberitahu anak-anaknya bahawa bapa mereka sedang dalam perjalanan ke Syurga.

"Papa will look after us from up there in Heaven," ibu terus memberitahu anak-anaknya yang dalam peringkat umur berbeza antara 8 - 20 tahun.

Bisik salah seorang yang turut hadir ziarah kepada teman disebelahnya, "Mereka agama apa?" yang membuat beberapa berdekatan mengalih pandangan kepadanya.

Mengikut dari cerita sipencerita, mereka sebenarnya hidup seperti warga barat yang tidak mengikut peraturan hidup mana-mana agama.  Suami yang meninggal kerana kemalangan jalanraya berketurunan campuran Melayu-Cina sementara isteri pula adalah dari keturunan elit Melayu yang memang kebaratan cara hidup mereka.  Bila mati, baru dipanggil para ulama dan orang-orang yang lebih jelas Islamnya untuk mengurus mayat.

Kesimpulannya ibu ini membayangkan Syurga ciptaannya kepada anak-anaknya.  Mana ada dalam Al Quran yang mengatakan bahawa orang yang mati akan menjaga anak isteri dari atas sana di Syurga!  Sudah jelas sesat yang menyesatkan!

Monday, July 19, 2010

DUA KALI CUKAI?

Baru saja pertengahan bulan Julai, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah menggesa pemilik rumah dan harta premis supaya membayar cukai.  Sebenarnya bayaran cukai taksiran penggal kedua diberi tempuh sampai 31 Ogos.

Saya lebah sebal sebab saya terpaksa bayar cukai taksiran ke atas tanah kosong yang tidak berpremis.  Tanah ini saya beli di Kampung Kubu Gajah dari salah seorang penduduk di sana.  Apa yang ada di atas tanah itu hanyalah beberapa pokok buah-buahan.  Tetapi kata pejabat MBSA, sekarang sudah ada perintah untuk mengenakan cukai ke atas semua jenis tanah walaupun tanpa bangunan.

Pelek kan?  Maksud mereka ialah taksiran di atas tanah.  Walhal sudah ada bayaran cukai tanah.  Jadi tanah yang sama dikenakan dua kali cukai la.  Apa punya pemerintah ... memeras rakyat saja kerjanya!

Tuesday, July 13, 2010

VIVA ESPANA

Walaupun aku bukan orang Sepanyol, aku ikut menari gembira.  Aku turut jerit denga gembira.  Kenapa?

Pasukan bolasepak menunjukkan mutu permaian yang tinggi.  Mereka mengawal bola dengan baik dan pemain-pemain juga menunjukkan dedikasi dan semangat kesukanan yang tinggi.

Sepanyol adalah pasukan yang berprestasi tinggi.  Tetapi mereka tidak pernah bernasib baik dan gagal ke peringkat skhir.

Sekali ini mereka menyertai pertandingan Piala Dunia 2010 sebagai salah satu pasukan favorit.  Mereka adalah Juara Eropah.  Tetapi mereka kalah satu perlawanan awal yang seperti memberi petanda bahawa nasib masih tidak bersama mereka.

Tetapi selepas itu mereka terus menang.  Permainan mereka cantik.  Mereka yakin tapi gementar semasa perlawanan akhir.  Rentak mula mengucar-kacirkan rentak permainan mereka kerana jelas Belanda dari mula memang cuba menyerang pemain Sepanyol, dan bukannya cuba mendapatkan bola.

Namun sekali ini nasib bersama mereka.  Dalam keadaannya cedera dan berada di tahap bawah keupayaannya, Fernando Torres pas bola cantik kepada Iniesta yang berjaya menjaringkannya dengan cantik pula di masa tambahan.

Adil sekali kerana Piala Dunia 2010 telah memahkotakan Sepanyol.  Memang Sepanyol adalah salah satu pasukan yang terbaik di dunia kini.  Semalam pun mereka adalah pasukan yang lebih baik.

Viva Espana!

Wednesday, July 7, 2010

GEJALA AKHIR ZAMAN

Di akhir zaman ini bermacam-macam gejala berlaku.  Hari-hari bermacam-macam berita kita baca di akhbar dan internet serta dengar di radio dan TV.

Tapi cerita semalam mengenai seorang suami di madukan oleh isteri mudanya itu kira-kira adalah sesuatu yang sedikit berbeza.  Saya pernah dengar tentang pasangan suami isteri secara sukarela bertukar-tukar pasangan di kalangan mereka.  Semalam baru itu sekali saya dengar cerita isteri muda mempunyai kekasih gelap.

Agaknya isteri muda it sudah tak kisah sampai sanggup mempunyai hubungan dengan hanya seorang tukang cuci kereta.  Alangkah malang lagi nasibnya bila tertangkap basah pula dengan pasangannya itu.

Naa u'uzubillah.  Semoga perkara-perkara yang sumbang mahram dan haram semuanya dijauhkan dari saya sekeluarga dan juga dari keturunan kami hingga ke akhir dunia.

Monday, June 28, 2010

BISA MULUT IBU BAPA

Jiran kami di sebelah kiri kanan selalu saja kedengaran bergaduh.  Mereka keduan-duanya adalah keluarga Melayu juga.

Kebanyakan penduduk di sini adalah juga pemilik.  Tetapi jiran sebelah kiri rumah kami hanya menyewa tapi mereka sudah lama juga di sini.

Apa yang saya tidak berapa senang ialah kami sekeluarga seperti tersepit di antara dua keluarga yang sering bergaduh.  Memanglah mereka bergaduh sesama ahli keluarga mereka tetapi kekadang suara mereka terlalu kuat hingga jelas kedengaran jika kami berada di anjung rumah.  Mereka memaki hamun dan menggunakan perkataan yang kesat dan lucah.

Selalu juga kami dengar mereka mengherdik dan memaki anak-anak sendiri dengan perkataan seperti: 'Tak guna .. bodoh .. celaka .. babi .. barua .. ' dan lain-lain lagi.  Anak-anak saya pulak yang komplen kepada kami suami isteri.kerana kata-kata kesat yang digunakan itu.

Tak tahulah apa pendirian mereka.  Bagi saya itu adalah amat tidak sihat.  Keluarga saya suami isteri terdidik supaya sentiasa becakap perkara yang baik-baik tentang anak-anak.

Ucapan ibu bapa adalah seperti doa.  Jika perkataannya tidak baik, bisanya ucapan itu kerana seperti mendoakan anak-anak menjadi tidak baik begitu.  Kalau pun mereka bersalah seharusnya dimarahi sebagai nasihat supaya mereka akan menjadi baik.

Monday, June 21, 2010

BAKAT MENIPU

Semua orang tahu ada pelbagai cara menipu di dalam peperiksaan dari peringkat serendah sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.  Cumalah caranya jelas ikut semakin canggih mengikut bersama arus kecanggihan teknologi.

Saya ingin berkongsi tentang menipu di peringkat universiti.  Bukan apa, diperingkat sekolah itu dah ramai orang tahu.

Dulu-dulu banyak mahasiswa menyediakan jawapan bagi subjek-subjek tertentu dalam cebisan kertas kecil dan meyimpan di dalam saku.  Bila sudah melihat soalan, mana-mana yang mereka tidak berapa pasti mereka akan minta untuk keluar ke bilik air.  Selepas menyemak klue yang berkenaan, mereka masuk semula dan meneruskan menjawap soalan.

Sampai sekarang ini pun masih ada pegawai yang menduduki tempat penting tertentu melepasi era universiti dan graduasi dengan cara ini.  Bukan bererti mereka bodoh, malah mungkin sebaliknya.  Tetapi mereka telah menipu untuk berada di tempat mereka berada sekarang.

Cara canggih baru ialah dengan menyimpan data di dalam 'organizer' kecil atau di dalam telefon bimbit.  Modus operandi seterusnya hampir sama, iaitu mereka akan minta keluar selepas melihat soalan  dan menilai data di dalam simpanan.  Kemudian barulah mereka menjawap soalan yang mereka kurang pasti itu.

Kira bakat menipu pun merupakan satu seni jugalah.  Hasilnya menarik, dan boleh memberi pulangan yang lumayan. :)

Thursday, June 3, 2010

ISRAEL MENEGAKKAN BENANG BASAH

Dengan tekanan hebat dari seluruh pelusuk dunia Israel terpaksa berlagak rasional baik dengan membebaskan tahanan misi damai bantuan kemanusiaan yang mereka tawan itu.  Tetapi itu disusuli dengan ucapan kenyataan dari Perdana Menterinya yang masih mempertahankan tindakan mereka dalam menyerang kapal Mavi Marmara itu.

Lebih dari setengah abad Israel sentiasa memberi alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka menyerang dan merampas hak Palestin.  Kuasa barat dan besar berulang kali itu juga terus memberi sokongan moral kepada mereka.

Semalam PM regim zionis terus melabelkan anggota misi yang mereka tawan sebagai ahli-ahli yang menyokong pergerakkan pengganas dunia.  Apa la punya manusia?  Tak habis-habis menegakkan benang basah dan menuding jari menyalahkan orang lain!!!

Sunday, May 30, 2010

GAWAI DAYAK

Perkataan Gawai bermaksud pesta atau perayaan.  Sementara Dayak merujuk kepada kaum etnik Sarawak yang terdiri dari suku Iban atau Dayak Laut dan Bidayuh atau Darak Darat.  Jadi secara amnya Gawai Dayak bermaksud Perayaan atau Pesta Dayak.  Ia juga dikenali sebagai Festival Hari Menuai.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.  Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai atau Ketua Gawai.

Suku kaum Dayak akan saling berziarah dan berkunjung terutamanya sesama saudara dan kaum keluarga serta kawan rakan.  Ziarah dan kunjungan ini disebut sebagai 'ngabang' dalam bahasa Iban. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan akan disedia dan disajikan. Tuak yang juga dikenali sebagai air beras adalah merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak ini.

FESTIVAL HARI MENUAI

Semalam satu persembahan kebudayaan drama muzikal sempena Gawai Dayak telah diadakan di Kampung Budaya, Sentubung, Kuching.  Gambar di atas menunjukkan sebahagian peserta yang menjayakannya.  Persembahan Festival Hari Menuai ini mengunakan tema, 'World Harvest Festival Theme Play 2010.'

Drama muzikal ini mengesahkan tentang  dan mengisahkan tentang 'Batang Arong dan Ratu Langit' iaitu cerita tentang pahlawan dari suku kaum Bidayuh yang mencari kesaktian cinta.  Kelihatannya begitu ramai pengunjung yang datang terpukau dengan persembahan ini.

Sebenarnya Gawai Dayak adalah acara agama dan juga acara sosial.  Mengikut sejarah ia mula disambut pada tahun 1957.  Selepas penubuhan Malaysia, ianya mula dirayakan secara meluas mulai tahun 1964.

Thursday, May 20, 2010

PRODUK JUALAN LANGSUNG

Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya memberi produk dari syarikat jualan langsung.  Apa yang berlaku kepada saya membuat rasa serik nak membeli produk sebegini lagi.

Dua minggu lepas saya didatangi pengedar syarikat jualan langsung untuk membeli produk kesihatan.  Kira macam produk yang dapat membantu menjaga kesihatan badan keseluruhan.  Saya membelinya kerana di rekomen oleh kawan.  Tetapi ternyata produk tidak sesuai dengan saya.

Mengikut janji, produk itu boleh dipulangkan dan wang akan dikembalikan jika tidak berpuas hati.  tetapi apabila saya memulangkan produk itu selepas dua kali percubaan, pengedar tidak mahu terima dan tidak mahu memulangkan wang saya seperti yang dijanjikan tu.

Oleh kerana geram saya merujuk dengan seorang yang berpengaruh jugalah.  Kawan saya memberi amaran kepada pengedar berkenaan.  Selepas baru produk itu diambil dan wang saya dikembalikan.

Sebenarnya Akta Jualan Langsung memberi perlindungan kepada pengguna.  Tetapi masaalahnya kebanyakan pengguna tidak tahu mengenai perlindungan yang ada.  Penguatkuasaan juga tidak banyak membantu ke arah memberi kesedaran kepada pengguna.

Pertamanya, apabila ejen jualan langsung berlesen mendekati orang ramai untuk menjual produk, mereka perlu menunjukkan kad kuasa.  Kad berkenaan mesti tertera maklumat syarikat, diri dan nombor lesen, masa jualan pula hanya jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja kecuali sudah membuat temu janji pada waktu lain.

Keduanya, agen jualan juga tidak boleh memungut wang ketika itu dan hanya boleh mengambil tempahan selain pembeli diberi 10 hari ‘bertenang’ sama ada mahu membeli produk itu atau membatalkan pembelian.  Jika produk berkenaan mempunyai warenti sampingan, semua itu harus dilaksanakan.