Sunday, May 30, 2010

GAWAI DAYAK

Perkataan Gawai bermaksud pesta atau perayaan.  Sementara Dayak merujuk kepada kaum etnik Sarawak yang terdiri dari suku Iban atau Dayak Laut dan Bidayuh atau Darak Darat.  Jadi secara amnya Gawai Dayak bermaksud Perayaan atau Pesta Dayak.  Ia juga dikenali sebagai Festival Hari Menuai.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.  Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai atau Ketua Gawai.

Suku kaum Dayak akan saling berziarah dan berkunjung terutamanya sesama saudara dan kaum keluarga serta kawan rakan.  Ziarah dan kunjungan ini disebut sebagai 'ngabang' dalam bahasa Iban. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan akan disedia dan disajikan. Tuak yang juga dikenali sebagai air beras adalah merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak ini.

FESTIVAL HARI MENUAI

Semalam satu persembahan kebudayaan drama muzikal sempena Gawai Dayak telah diadakan di Kampung Budaya, Sentubung, Kuching.  Gambar di atas menunjukkan sebahagian peserta yang menjayakannya.  Persembahan Festival Hari Menuai ini mengunakan tema, 'World Harvest Festival Theme Play 2010.'

Drama muzikal ini mengesahkan tentang  dan mengisahkan tentang 'Batang Arong dan Ratu Langit' iaitu cerita tentang pahlawan dari suku kaum Bidayuh yang mencari kesaktian cinta.  Kelihatannya begitu ramai pengunjung yang datang terpukau dengan persembahan ini.

Sebenarnya Gawai Dayak adalah acara agama dan juga acara sosial.  Mengikut sejarah ia mula disambut pada tahun 1957.  Selepas penubuhan Malaysia, ianya mula dirayakan secara meluas mulai tahun 1964.

Thursday, May 27, 2010

MISSING P RAMLEE

It was thirty-seven years ago on May 27, 1973 when the nation mourned the loss of a great and devout artist, our very own legend, P Ramlee.  He went at a very young age of only 44 years. 

Do we celebrate  his death anniversary today?  Of course not.  It was just a reminder to us that it was indeed a great loss.  He was multi-talented, extremely devoted and genuinely a natural-born artist.

I am not going to write about his works.  Many have done that.  So I leave it to you to do whatever if you are interested to know his great contributions.

Today I just want to call upon all of you to say at least a little prayer in his honour.  Al Fatihah, may he continue to rest in peace.  May he be blessed to be among the chosen ones in Paradise. Amin, amin, amin.

Sunday, May 23, 2010

GURU BERLESEN

Letih sungguh dengan kerenah politikus-politikus ini.  Ternyata ada segolongan ini amat suka buat gimik-gimik untuk mengundanga reaksi dari orang ramai dan menguji sentimen.  semalam.

Belum reda buat gimik tentang  pembubaran ADUN Kedah, dah pula keluar saranan supaya guru berlesen.  Ternyata Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri dan timbalannya tidak sehaluan.

Saya lihat si Dr Ahmad Puad Zarkashi ini ada mirip-mirip Ibrahim Ali juga - sering mencari perhatian!  Kalau ikut pakar saikologi, orang begini ada sindrom masaalah sosial.

Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini memang tidak praktikal dilaksanakan.  Tan Sri Muhyiddin Yassin pun bersetuju bahawa mensyaratkan lesen perguruan itu bukan langkah yang sesuai dan praktikal di negara ini.

Cukup dengan mensyaratkan lesen untuk penubuhan sekolah swasta.  Mungkin juga dipanjangkan dengan mensyaratkan warga guru di sekolah swasta juga mempunyai kelulusan yang setimpal yang diiktiraf oleh kerajaan atau pun mereka mendapat kelulusan khusus dari Kementerian Pelajaran.

Sistem pelajaran Malaysia kita adalah sistem awam, dan guru-guru adalah penjawat awam.  Semua yang diserap menjadi guru adalah ditapis oleh Kementerian Pelajaran sendiri.

Jadi tak payahlah duduk melalut yang bukan-bukan.  Tidak semua perkara boleh dipolitikkan.  Lagipun, rakyat sudah letih dengan gimik-gimik politik murahan seperti itu.

Thursday, May 20, 2010

PRODUK JUALAN LANGSUNG

Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya memberi produk dari syarikat jualan langsung.  Apa yang berlaku kepada saya membuat rasa serik nak membeli produk sebegini lagi.

Dua minggu lepas saya didatangi pengedar syarikat jualan langsung untuk membeli produk kesihatan.  Kira macam produk yang dapat membantu menjaga kesihatan badan keseluruhan.  Saya membelinya kerana di rekomen oleh kawan.  Tetapi ternyata produk tidak sesuai dengan saya.

Mengikut janji, produk itu boleh dipulangkan dan wang akan dikembalikan jika tidak berpuas hati.  tetapi apabila saya memulangkan produk itu selepas dua kali percubaan, pengedar tidak mahu terima dan tidak mahu memulangkan wang saya seperti yang dijanjikan tu.

Oleh kerana geram saya merujuk dengan seorang yang berpengaruh jugalah.  Kawan saya memberi amaran kepada pengedar berkenaan.  Selepas baru produk itu diambil dan wang saya dikembalikan.

Sebenarnya Akta Jualan Langsung memberi perlindungan kepada pengguna.  Tetapi masaalahnya kebanyakan pengguna tidak tahu mengenai perlindungan yang ada.  Penguatkuasaan juga tidak banyak membantu ke arah memberi kesedaran kepada pengguna.

Pertamanya, apabila ejen jualan langsung berlesen mendekati orang ramai untuk menjual produk, mereka perlu menunjukkan kad kuasa.  Kad berkenaan mesti tertera maklumat syarikat, diri dan nombor lesen, masa jualan pula hanya jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja kecuali sudah membuat temu janji pada waktu lain.

Keduanya, agen jualan juga tidak boleh memungut wang ketika itu dan hanya boleh mengambil tempahan selain pembeli diberi 10 hari ‘bertenang’ sama ada mahu membeli produk itu atau membatalkan pembelian.  Jika produk berkenaan mempunyai warenti sampingan, semua itu harus dilaksanakan.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Ibu guru seperti ibu angkatku dan bapa guru seperti bapa angkatku.  Walaupun aku tidak menjadi seorang jutawan atau hartawan atau pun negarawan, aku tetap menjadi insan lebih baik.  Sentuhan, ajaran dan leteran guru turut mendewasakan diriku dengan secara positif.

Mungkin semasa persekolahan aku tak suka guru itu dan ini.  Tetapi aku masih akur sebagai murid sekolah.  Akhirnya, aku tamat juga persekolahan dan mendapat sijil.  Kira asasnya sudah ada untuk aku mengorak mengatur hidupku.

Jadi untuk itu, aku masih berterima kasih kepada guru-guru.  Sempena Hari Guru di hari ini, aku ucapkan selamat kepada semua guru-guruku dan juga semua guru-guru di tanah airku ini.

SELAMAT HARI GURU.

Thursday, May 13, 2010

LESEN JUDI SUKAN

Kekadang rasa lucu juga dengan keadaan di Malaysia. Banyak orang cepat melatah bila sesuatu isu diperkatakan oleh seseorang penting, tak kiralah sama ada kenyataan itu dibuat oleh pihak BN atau PR.

Antara isu yang hangat diperkatakan ialah tentang isu menghalalkan pertaruhan sukan yang selama ini amat berleluasa secara haram.  Timbalan Menteri Awang Adek mengumumkan permohonan telah dimajukan untuk kerajaan menghalalkan pertaruhan sukan.

Ramailah lantang bersuara menentang.  Tidak kurang juga yang menyokong, namun suara mereka ini tidak pula disensasikan.

Dalam perdebatan awam ini berterusan. kerajaan rupanya sudah pun mengeluarkan lesen membenarkan judi bertaruh ini.  Kerajaan telah pun 'menghalalkan' pertaruhan sukan dengan membenarkan syarikat judi terkemuka, Ascot Sports Sdn Bhd mendapat lesen pertaruhan sukan.

Syarikat ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Vincent Tan.  Pertama kali syarikat ini mendapat lesen untuk tujuan berkenaan isu pertaruhan ialah pada tahun 1987, iaitu semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.  Pada tahun 2004, lesen berkenaan digantung.  Kini lesen itu sudah pun sah diberikan semula.

Kenyataan syarikat itu sendiri yang mengesahkan tentang hal ini.  Akhbar the Sun memetik kenyataan Vincent Tan seperti berikut:
I am glad the current government under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is economically-sound like Tun Dr Mahathir Mohamad who understands that revenue is important to the government.

Why should the government forego this revenue and benefit the illegal bookies so much?

Why should non-Muslim Malaysians who enjoy betting as a hobby and as light entertainment be deprived of this pastime?

I believe those who are vocal and so strongly against sports betting must be the illegal bookies or their supporters.
Jadi segala laungan protes oleh pelbagai pihak terutama sekali dari kaca mata orang Islam tidak memberi apa-apa impak.  Kerajaan di bawah PM Najib sudah pun membuat keputusan yang memihak kepada syarikat judi kepunyaan jutawan tersohor, Tan Sri Vincent Tan.

Saturday, May 8, 2010

MAKAN DI RESTORAN

Malam ini anak-anak nak makan makanan India yang ada kelas pulak.  Kata mereka dah letih makan di restoran mamak biasa tu.  Kasihan pula dengan rungutan mereka.  Jadi saya layan sajalah.

Jadi selepas Maghrib tadi kami anak beranak pun segera menghala ke retoran berkenaan.  Anak saya dah buat tempahan.  Jadi tunggu mendapat parking saja.  Sebelum pukul 8 malam, kami sudah pun di tempatkan di meja yang telah disediakan.

Agak lama juga kami anak-beranak tak pergi makan di Restoran yang tersohor ini.  Tapi kalau bagi nama, nanti kira bagi promosi percuma pulak.  Hehe.

Semua makan sampai menjilat jari dan licin pinggan lauk semua.  Anak-anak jelas amat berpuas hati.  Melayang juga RM 300, kerana menu udang memang mahal.  Tapi saya kira memang berbaloi.

Selain itu, anak-anak telah berjanji bahawa mereka akan bantu mencuci kereta dan halaman pada besok hari sebagai balasannya.

Friday, May 7, 2010

MENTALITI BN AWANG ADEK

Sekarang jelas rupa muka manusia BN Awang Adek ini.  Apa punya sikap yang dilaungkannya?  Nak kata Melayu Islam pun tidak menepati cirinya.  Malah lebih kepada 'lalu selam' tu!

Apa yang dilaungkan dan disarankannya adalah anti-Islamik.  Islam memang mengharam judi, apa bentuk judi sekalipun.  Samaada ia akan mengguntungkan atau sebagai langkah melawan mereka yang haram, Islam jelas melarangnya; Judi itu haram, titik.

Monday, May 3, 2010

HERAN KE BENGANG?

Dalam diam saya berdoa kemungkinan itu tidak berlaku.  Tak tahulah kenapa saya rasakan jika ianya berlaku kali ini BN dan PM dah menunjukkan satu sikap yang sukar diterima.

Kawan-kawan saya kata memang begitulah rentak irama politik.  Tapi sekali ini saya betul-betul rasa perkara dah terlampau.

Walaubagaimanapun hari ini jelas dan terbukti Palanivel dan Ezam mengangkat sumpah sebagai senator baru.  Atas dasar apa mereka diberi jawatan itu.

Palanivel sudah tidak diterima sebagai calon pun di Hulu Selangor tu, dan khidmatnya kepada rakyat adalah ditahap yang amat mengecewakan.  Ezam pula melalak di sana sini menghentam DSAI selepas masuk balik UMNO, walhal sebelum itu dia melalak menghentam si PM sekarang.!  Sungguh amat menghairankan.  Atau membengangkan?

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT BERCUTI

Saya nak mengucapkan selamat hari pekerja untuk semua kengkawan dan sekelian warga Malaysia yang singgah di sini.  Semoga bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.