Malam ini anak-anak nak makan makanan India yang ada kelas pulak. Kata mereka dah letih makan di restoran mamak biasa tu. Kasihan pula dengan rungutan mereka. Jadi saya layan sajalah.
Jadi selepas Maghrib tadi kami anak beranak pun segera menghala ke retoran berkenaan. Anak saya dah buat tempahan. Jadi tunggu mendapat parking saja. Sebelum pukul 8 malam, kami sudah pun di tempatkan di meja yang telah disediakan.
Agak lama juga kami anak-beranak tak pergi makan di Restoran yang tersohor ini. Tapi kalau bagi nama, nanti kira bagi promosi percuma pulak. Hehe.
Agak lama juga kami anak-beranak tak pergi makan di Restoran yang tersohor ini. Tapi kalau bagi nama, nanti kira bagi promosi percuma pulak. Hehe.
Semua makan sampai menjilat jari dan licin pinggan lauk semua. Anak-anak jelas amat berpuas hati. Melayang juga RM 300, kerana menu udang memang mahal. Tapi saya kira memang berbaloi.
Selain itu, anak-anak telah berjanji bahawa mereka akan bantu mencuci kereta dan halaman pada besok hari sebagai balasannya.
1 comment:
Aslmkm.
Waa, makan besar le kiranya, macam di 'd T......' rasenyer ni or 'C....P....' tu? Among d best tu! :)
Post a Comment