Ibu guru seperti ibu angkatku dan bapa guru seperti bapa angkatku. Walaupun aku tidak menjadi seorang jutawan atau hartawan atau pun negarawan, aku tetap menjadi insan lebih baik. Sentuhan, ajaran dan leteran guru turut mendewasakan diriku dengan secara positif.
Mungkin semasa persekolahan aku tak suka guru itu dan ini. Tetapi aku masih akur sebagai murid sekolah. Akhirnya, aku tamat juga persekolahan dan mendapat sijil. Kira asasnya sudah ada untuk aku mengorak mengatur hidupku.
Jadi untuk itu, aku masih berterima kasih kepada guru-guru. Sempena Hari Guru di hari ini, aku ucapkan selamat kepada semua guru-guruku dan juga semua guru-guru di tanah airku ini.
SELAMAT HARI GURU.
3 comments:
Salam.
Selamat Cikgu!
Salam.
Ya, terima kasih para guru. :)
Aslmkm.
Lalu je le. :)
Post a Comment