Saya telah pun membayar deposit sebanyak 15% untuk kami anak-beranak turut serta melancong ke Korea Selatan pada minggu depan. Sepatutnya saya membayar selebih bayarannya pada hari Khamis kelmarin.
Tetapi isteri saya dan anak-anak amat takut setelah mendengar berita tentang perkembangan krisis perang terkini di Korea sana. Saya sendiri pun rasa tak berapa sedap hati juga.
Syarikat pelancong belum lagi berhasrat untuk membatalkan lawatan ini. Tetapi kalau kita sendiri rasa tak berapa gembira nak pergi, bagaimana dapat nak meneruskannya.
Jadi saya ikut suara ramai isteri dan anak-anak. Rugi sajalah duit deposit yang telah dibayar itu kerana jumlahnya dikira hangus jika kita sendiri yang membatalkan tempahan.