Saturday, November 27, 2010

TAKUT PULA NAK KE KOREA

Saya telah pun membayar deposit sebanyak 15% untuk kami anak-beranak turut serta melancong ke Korea Selatan pada minggu depan.  Sepatutnya saya membayar selebih bayarannya pada hari Khamis kelmarin.

Tetapi isteri saya dan anak-anak amat takut setelah mendengar berita tentang perkembangan krisis perang terkini di Korea sana.  Saya sendiri pun rasa tak berapa sedap hati juga.

Syarikat pelancong belum lagi berhasrat untuk membatalkan lawatan ini.  Tetapi kalau kita sendiri rasa tak berapa gembira nak pergi, bagaimana dapat nak meneruskannya.

Jadi saya ikut suara ramai isteri dan anak-anak.  Rugi sajalah duit deposit yang telah dibayar itu kerana jumlahnya dikira hangus jika kita sendiri yang membatalkan tempahan.

9 comments:

Sanna said...

Salam Asan.
Aduh! Sayangnya duit! Cari bukan main susah lagi!
Tapi yg lebih penting tentunya ketenteraman. Insya Allah rezeki ada di mana2.

RAISA said...

Salam Asan.
Itu la kan .. kalau pergi rasa tak aman, tak pergi mengalami kerugian!
Mungkin kalau mereka dapat orang ganti, deposit tu boleh dikembalikan. Jika tak juga, kira itu bukan rezeki Asan lagi la.

Nori said...

Salam Asan.
Jika hati tenteram, buat apa pun tak senang.
Tak apa .. duit boleh cari!
Bila agak aman nanti boleh pergi.

BID said...

Aslmkm.
Hehehe .. kita cuti2 Malaysia saja la.

Anonymous said...

Aslmkm.
Sesekali terjadi perkara seperti ini.
Kak G dulu pernah beli tiket untuk p ke Jakarta ... tup2 hotel diletupkan ... langsung batalkan saja!
Jadi terima sajalah ini sebagai bukan rezeki kita.

SITIJA said...

Salam Asan.
Aduh sayangnya!
Terbang melayang wang hasil keringat! Apa nak buat!

RAM said...

Salam Asan.
Ini mengancam keamanan di dunia sebelah kita pulak!

KERI said...

Salam ziarah.
Segalanya ketentuan Illahi.
Jika ada izinNYA, sampai juga nanti, rezeki pun bertambah lagi.

ROHAM said...

Salam Asan.
Aduh! Gitu pulak!
Takper, nanti ada rezeki lain tu! Insya Allah.