Sunday, November 14, 2010

REHAT SAKIT

Tiga empat hari juga saya terpaksa duduk rumah kerana disahkan sakit yang boleh berjangkit kepada orang lain.  Naik buntu kepala otak asyik bangun tidur di dalam dan luar bilik.

Semua bermula apabila doktor mengesahkan saya sedang mengalami sakit cacar.  Mulanya geli hati sebab dah tua-tua takkan pula sakit cacar. Tapi katanya, mungkin dulu semasa kecil semuanya tidak keluar habis!

Hari ini saya sudah disahkan bukan terkena cacar.  Sebaliknya hanya ruam tapi suhu badan terlebih panas kerana penyakit tonsil saya.

Aduh!  Bermacam perasaan yang hadir selepas diberitahu begitu - geram, marah, sedih dan entah apa-apa lagi.  Berjam-jam juga dihantui perasaan negatif tu.  Malam ini barulah reda. :)

8 comments:

RAM said...

Salam Asan.
Salah diagnos la!
Semoga cepat sembuh.

Anonymous said...

Aslmkm.
Tonsil selalu membuatkan seseorang itu selalu panas badan & deman.
Kalau panas, selalu berpeluh memang biasanya naik ruam.
Agaknya itulah doktor tersalah baca!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Terus jaga kesihatan ya.

Nori said...

Salam Asan.
Cepat sembuh sepenuhnya ya.

ROHAM said...

Salam Asan.
Masih belum sihat.
Tapi apapun, harap boleh berhari raya korban bersama saudara & kawan.

CIKDAH said...

Aslmkm.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN.
Semoga cepat sembuh.

Sanna said...

Salam Asan.
Semoga cepat sembuh.
Selamat hari raya.

ROHA said...

Salam Raya Asan.
Mudahan segera sembuh!