Sunday, March 27, 2011

AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

Saya begitu terharu dengan pendekatan yang diambil oleh blogger yang sentiasa saya hormati iaitu DDrfauziah aka Kak G.  Pendekatanya tentang isu panas sekarang ini jauh amat berbeza.  Hujjahnya merupakan hujjah yang bijaksana.

Yang dimaksudkan tentulah tentang isu video seks di mana adegan seks itu dikatakan berkaitan aktiviti Ketua Umum Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim.  Pendekatan Kak G lebih menepati seruan, 'Amal ma'ruf dan nahi mungkar!'

Saya sudah minta izin Kak G untuk memetik N3nya di sini.  Sebahagian isi N3 beliau ialah seperti di bawah:
SEMUA FIRMAN ALLAH SWT JELAS
TERMAKTUB DI DALAM AL QURANU 'AL KAREEM
'.... Malaysia kita ini pula langsung tidak berada di dalam zon ancaman gempa bumi. Tetapi tiba-tiba sekali lagi rakyat dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks terbaru yang disabitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Segala yang berlaku adalah dengan izinNYA jua. Tapi mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diperingkat-peringkat tertentu bersabit dengan isu perakaman video seks ini dan pendedahannya tahu tentang kebenarannya.

Walaupun begitu, semua umat Islam yang beriman juga amat yakin sesungguhnya Allah SWT itu: "Al 'Alim, Al Syadid (= Maha Mengetahui, Maha Menyaksi)" serta "Al 'Adlu (= Maha Adil)!" Orang-orang yang beriman juga diseru supaya berlaku adil; jika tidak kita berdosa dan balasannya adalah amat pedih.

Jadi bagi seluruh rakyat, terutamanya kita yang beragama Islam, marilah kita semua sama-sama saling mengingatkan. Janganlah sesekali kita turut membuat spekulasi; dan jangan menyebarkan perkara yang belum sahih kebenarannya terutamanya perkara ini bersabit dengan maruah dan aib orang lain! ...'
Saya memang bersetuju dengan apa yang dihujjahkan oleh beliau.  Jika ingin membaca keseluruhan huraian beliau, kena pergi ke blognyalah

15 comments:

RAM said...

Salam Asan.
Pandangan yang baik selaras ajaran Al Quran mesti di ikuti.
Moga2 kita semua terus di dalam rahmat Allah SWT. Amin.

Anonymous said...

Aslmkm.
:) Mudah2an berkesan.

ROHAM said...

Salam ukhwah.
Usaha berantai yang baik.

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Perkara yang baik elok dikongsi bersama.
Sebagai manusia yang tertakluk kepada peraturan Allah, banyak-banyakkanlah merujuk kepada al-Quran.

TQ

Zizaq said...

Salam Asan.
Saya sokong.
Perkara & usaha yang baik patut diwar2kan secara meluas.

BID said...

Aslmkm.
Memang caya la!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Bagus juga memanjangkan perkara yang baik. Syabas!

RAISA said...

Salam Asan.
Sokong tindakan U.
Yang baik harus dipanjang2kan. Mudah2an memberi manafaat.

Sanna said...

Salam Asan.
Good effort!

ROHA said...

Salam Abang Asan.
Roha setuju!

Nori said...

Salam Asan.
Kita war2kan yang baik bersama.

KERI said...

Salam Asan.
Betul la .. war2kan saja.

ZAZA said...

Salam kenal.
Yang baik ditauladani.

KakD said...

perkara baik elok dikongsikan :))

anyway terima kasih kerana sudi berkongsi :)

Unknown said...

SALAM,
SETUJU DGN N3 INI. SILAP2 KITA TAK TENTU FASAL DAPAT DOSA !