Thursday, March 31, 2011

DAPAT REFUND

Setelah agak lama menunggu barulah akhirnya mereka kembalikan sebahagian wang kerana pembatalan percutian ke Tokyo tempuhari.  Jenuh jugalah menunggu.

Mengikut kenyataan Menteri tempuhari, syarikat penerbangan memulangkan sepenuhnya.  Tetapi syarikat pelancungan mengenakan kos pentadbiran hingga RM 200 tiap seorang.  Kira macam surcaj jugalah

Memang mereka kenakan kadar maksima.  Itu dari harga tambang saja.  Mereka juga kenakan kos pentadbiran untuk pelancungan yang ikut terbatal itu.

Kiranya lebih dari 30 peratus kos keseluruhan.  Geram betul dibuatnya.  Hangus lebih seribu ringgit juga.

Tetapi apa daya pengguna.  Mahu tak mahu terpaksa terima saja.

10 comments:

SITIJA said...

Salam Asan.
Memang gitu la nasib pengguna!

Nori said...

Salam Asan.
Alhamdulillah .. sekurang2nya dapat balik jumlah besarnya yang 70% tu!

Sanna said...

Salam Asan.
Biasa la tu .. yang dijaga orang politik & orang berniaga!
Rakyat didahulukan sebagai mangsa!

Anonymous said...

Aslmkm.
Apa yang diberi kepada kita itulah rezeki kita. Bersyukur sajalah.

RAISA said...

Salam Asan.
Alhamdulillah. Dapat jugak!

ZAZA said...

Salam ziarah.
Kira masih punya rezeki.

ROHAM said...

Salam Asan.
Alhamdulillah. Dapat juga balik w/pun tak sepenuhnya.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Alhamdulillah.

Zizaq said...

Salam Asan.
Nasib baik juga dapat sebahagian balik!

RAM said...

Salam Asan.
Syukurlah.