Monday, March 14, 2011

TAK JADI KE TOKYO ADA HIKMAHNYA

Saya sekeluarga memang bercadang untuk mengikut rombongan pergi ke Tokyo minggu ini.  Tapi kebetulan untuk cuti sekolah ini, tempatnya sudah tak cukup bagi saya sekeluarga.  Jadi ditundalah dan dijangka akan pergi pada musim cuti sekolah yang akan datang pula.

Ada hikmah disebaliknya ini.  Seram sungguh dengan kejadian tsunami yang menimpa Jepun sekarang ini.  Memang menyedihkan.  Tapi saya bersyukur kami tidak dapat ikut pergi ke Tokyo pada musim cuti sekolah ini.

Sekarang ni semua sudah rasa takut pula dan tak mahu lagi meneruskan rancangan untuk pergi ke sana.  Walaupun jadualnya di bulan Mei nanti, semua sedang fobia.

Tak tahulah macam mana lagi.  Saya sudah pun membayar deposit sebanyak 30%.  Banyak juga jumlahnya tu.

Pihak syarikat pelancungan tidak dapat dihubungi lagi.  Harap-harap besok boleh mendapat persetujuan mereka untuk tukar kepada destinasi lain.

14 comments:

Nori said...

Salam Asan.
Ya, besar hikmah tu!
Mudah2an berjaya tukar destinasi.

Sanna said...

Salam Asan.
Memang ada hikmah.
Tentu dapat dirundingkan dengan sy pelancungan tu!

dwatyKNY said...

ALHAMDULILLAH... ADA HIKMAH...

KAKIAH said...

Salam Asan.
Benar sekali.
Kita kena selalu memandang dari sudut yang baik.
Tetapi simpati kepada mangsa.

Anonymous said...

Aslmkm.
Sedih! Kita turutlah bantu dengan doa.
Memang ya. Setiap yang berlaku itu bersebab. Kita ambillah pengajaran dari semuanya.
Semoga kita menjadi lebih baik. Amin.

CIKDAH said...

Aslmkm Asan.
Nasib baik tu .. memang hikmah!

The day we meet said...

hi..thanks follow my blog..come here to follow u back..^^

SITIJA said...

Salam Asan.
Memang hikmah.
So dapat atur tukar ke destinasi lain? Mudah2an.

RAM said...

Salam Asan.
Alhamdulillah.

KERI said...

Salam Asan.
Alhamdulillah.
Insya Allah diberkati & dapat mengatur alternatifnya.

RAISA said...

Salam Asan.
Memang patut pulangkan.

ROHA said...

Salam Abang Asan.
Alhamdulillah. Sekarang nak bercuti ke mana pula?

BID said...

Aslmkm.
Bid setuju.

TheFusionTea said...

pasti ada hikmahnya, Alhamdulillah