Berita jiran bergaduh sampai mencenderakan dan membunuh mangsa bukan satu kejutan lagi. Seperti sudah menjadi acara harian pula.
Semalam seorang penduduk lagi dipukul hingga mati oleh seorang jirannya gara-gara plastik sampah saja. Seorang penduduk di Flat Sri Sentul yang menjadi mangsa menegur perbuatan jirannya yang meletakkan plastik sampah berhampiran premis mangsa.
Teguran itu mencetuskan pertengkaran di awal tengah malam. Suspek tidak dapat mengawal perasaan dan membelasah si mangsa dengan kayu besbol.
Mengikut berita ini, mangsa pengsan selama hampir tiga jam. Mangsa meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.
Sumber polis mengesahkan telah menahan suspek serta anaknya. Malah, senjata yang digunakan untuk pergaduhan itu turut dirampas.
Ini kes di kalangan masyarakat kelas bawahan, di mana mangsa dikatakan tidak bekerja, sementara suspek adalah seorang pemandu lori. Tetapi moral ceritanya masih tetap sama: manusia lebih senang berkelakuan mengikut emosi.
Kenyataan polis mengatakan mayat Chung Sin dibedah siasat di HKL dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan membawa hukuman mati.
4 comments:
Salam.
Itulah padah jika ikut perasaan & emosi .. hilang segala rasional. Tp mentaliti juga berperanan!
Aslmkm.
Hmm ... itu la Islam itu indah ... semuanya menyeru kpd budi pekerti mulia. Bila beriman, insya Allah, kita akan rasional.
salam.
xpasal2 yg kalah dah mati yg menang pun dapat mati.
nasib baik bukan dari seagama dgn kita. Alhamdulillah. namun harap yg lain ambik iktibar dari kisah ni.
kalau dah rasa sukar nak mengawal emosi diri jgn galakkan lagi minda dengan menyimpan objek berbentuk senjata dirumah. bukankah bila dlm keadaan marah, semua bahan itu akan menyumbang kepada tindakan diluar batasan.
wassalam
Salam.
Ikut perasaan mmg mendatangkan kemudaratan!
Post a Comment