Sekarang ini banyak sangat manusia yang mengamalkan tabiat bengis sombong dan mengamalkan budaya samseng. Kekadang terfikir juga mengapa pula la sampai terjadi begini.
Mungkin ramai juga yang sudah membaca cerita perihal seorang lelaki yang telah dibelasah dengan parang oleh jirannya yang masih remaja sekitar umur 20an. Hanya gara-gara menegur mereka membuat bising, beliau telah diserang dan dibelasah tanpa belas kasihan di rumahnya sendiri hingga parah dan terpaksa dirawat di ICU.
Menurut berita itu, isteri dan anaknya juga diugut akan dicederakan sekiranya masuk campur. Nasib baik juga kejadian itu disedari oleh jiran-jiran lain yang kemudian datang membantu.
Saya sendiri pernah bertembung dengan remaja yang panas baran dan sombong. Salah satu peristiwa ialah ketika saya sendiri tersekat di satu lorong sehala kerana masa tu jalanraya sesak.
Ada remaja-remaja yang menaiki sebuah kereta 'grand' berjenama yang tak sabar kerana mereka tersekat di tengah-tengah. Mereka membunyikan hon kereta tak henti-henti. Kemudian pemandu dan penumpang depan turun dan menjerit serta memaki hamun dengan kesat ke arah orang dibelakang gara-gara mereka mahu berundur ke belakang. Kereta saya selang satu kereta dari kereta mereka itu. Nak buat macam mana tu? Mereka terus mengamuk dan sudah mahu menyerang bila kereta di belakang sekali dapat berundur dan beredar.

Satu peristiwa lagi ialah bila sepasang remaja sedang turut menunggu ikan bakar dalam keadaan pelanggan yang amat ramai. Mereka menghisap rokok dan menghempuskan asapnya. Orang lain mestilah tak senang. Salah seorang menegur perbuatan mereka. Tiba-tiba remaja lelaki itu mengangkat tangannya ke arah orang yang menegurnya. Nasib baiklah dihalang orang-orang lain di situ.
Tak ke samseng dan kurang ajar namanya tu. Mereka yang membuat kacau, orang lain pula yang disalahkan dan mahu dicederakan.
5 comments:
Salam.
Ya, mereka ikut contoh tauladan dari kepimpinan, haha.
Aslmkm.
Hehe ... budaya samseng sudah lama menular ... kena semak kurikulum sekolah & pastikan ada kelas moral & sivik semula dari peringkat rendah hingga tamat.
Salam.
Budaya baru Malaysia!!
Salam ukhwah!
Aslmkm.
Lalu jer le :)
Post a Comment