Sunday, May 23, 2010

GURU BERLESEN

Letih sungguh dengan kerenah politikus-politikus ini.  Ternyata ada segolongan ini amat suka buat gimik-gimik untuk mengundanga reaksi dari orang ramai dan menguji sentimen.  semalam.

Belum reda buat gimik tentang  pembubaran ADUN Kedah, dah pula keluar saranan supaya guru berlesen.  Ternyata Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri dan timbalannya tidak sehaluan.

Saya lihat si Dr Ahmad Puad Zarkashi ini ada mirip-mirip Ibrahim Ali juga - sering mencari perhatian!  Kalau ikut pakar saikologi, orang begini ada sindrom masaalah sosial.

Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini memang tidak praktikal dilaksanakan.  Tan Sri Muhyiddin Yassin pun bersetuju bahawa mensyaratkan lesen perguruan itu bukan langkah yang sesuai dan praktikal di negara ini.

Cukup dengan mensyaratkan lesen untuk penubuhan sekolah swasta.  Mungkin juga dipanjangkan dengan mensyaratkan warga guru di sekolah swasta juga mempunyai kelulusan yang setimpal yang diiktiraf oleh kerajaan atau pun mereka mendapat kelulusan khusus dari Kementerian Pelajaran.

Sistem pelajaran Malaysia kita adalah sistem awam, dan guru-guru adalah penjawat awam.  Semua yang diserap menjadi guru adalah ditapis oleh Kementerian Pelajaran sendiri.

Jadi tak payahlah duduk melalut yang bukan-bukan.  Tidak semua perkara boleh dipolitikkan.  Lagipun, rakyat sudah letih dengan gimik-gimik politik murahan seperti itu.

6 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Kalau duduk diam2 buat keje orang tak tahu. Jadi saja2 pukul canang le kuat2! Mmg suke publisiti!

ROHA said...

Salam Asan.
Sama sendiri dah bertelagah! Kalau disyaratkan akan berlaku pernyelewengan lagi nanti! .. Lesen pun boleh beli!

Zizaq said...

Salam.
Melatah teruk tu! Hehe.

Anonymous said...

Aslmkm.
Lalu je le ye. :)

KAKIAH said...

Salam ziarah.
Macam2!

RAISA said...

Salam.
Kah3 .. biarkan2!