Friday, August 13, 2010

PUASA MENAHAN LAPAR

Nampaknya ramai orang berpuasa dengan hanya menahan rasa lapar dan dahaga di siang hari saja.  Nafsu kebanyakan manusia masih di tahap yang kurang mantap.  Saya pun kekadang rasa saya mengikut nafsu.

Salah satu hal yang ketara ialah ramai orang yang berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini masih berpakaian yang tidak Islamik.  Ramai perempuan terus memakai seluar sendat, berskirt dan berbaju pendek serta pastinya tidak bertudung.

Kemudian masih ramai asyik suka mengutuk orang.  Ada saja yang tak kena mengenai orang lain.

Seperkara lagi ialah tentang orang ramai berpusu-pusu ke pasar/bazaar Ramadhan.  Sudah dua hari berpuasa ini jalan-jalan menuju ke pasar/bazaar Ramadhan begitu sesak.  Lepas itu kebanyakan gerai makanan/minuman memang ramai orang beratur menunggu giliran membeli.  Macam-macam yang dibeli.  Ini termasuk saya jugalah.

Aduh! Bila difikirkan memang terasa benar ramai orang memang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari saja.

5 comments:

BID said...

Aslmkm.
Kekadang memang sukar dipercaya tapi hakikatnya memang begini.

RAISA said...

Salam Asan.
Begitulah kenyataanya.
Sukar dipercaya tapi benar!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Semoga kita sama2 diberkati ya.

DDrfauziah said...

Salam ASAN.
Bila kita insaf, kita sentiasa cuba perbaiki kan?

Sanna said...

Salam Asan.
Ya memang ramai orang berpuasa menahan lapar dan dahaga di siang hari saja.