Monday, August 23, 2010

SUP LALAT!

Sejak semalam lagi rasa nak makan sup perut campur lidah.  Jadi hari ini saya berusaha habiskan kerja cepat dan langsung menghala pulang.  Sebelum balik ke rumah, singgah la di pasar Ramadhan di mana pelbagai sup dijual.

Walaupun bertolak lebih awal dari biasa, lewat pukul 6 petang baru sampai di pasar Ramadhan.  Selepas itu pusing-pusing mencari parkir pula.

Sampai jer di gerai sup itu, memang tak berapa ramai orang.  Dalam menunggu giliran saya terperasan begitu banyak ekor lalat hijau yang besar tu di dalam pelbagai bahagian isi sup.  Di dalam bahagian perut dan lidah pun ada beberapa ekor lalat hijau ni.

Terus tekak naik loya pula.  Terlintas di dalam hati, 'sup perut dan lidah atau sup lalat hijau?'  Terus pesanan dibatalkan dengan alasan dah lewat sangat.

Waktu berbuka tadi tekak saya terus merasa loya.  Makan apa pun rasa nak muntah.  Isteri kata ini kerana perut masuk angin.  Tak mungkin itu sebabnya!

3 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Aduhhh ... loyanya tekak!
Itu la, kalau mahu beli, mesti diamati dulu!

KAKIAH said...

Salam ziarah.
Uekks .. ish dahsyatnya!

DANZ said...

Salam Asan.
Ya Allah .. perkara asas pun dikianati .. patut direpot kepada pihak berkuasa!!!
Biar tahu rasa!!!