Monday, August 2, 2010

IKAN TERUBUK MASIN

Antara buah tangan yang sering dibeli di Sarawak termasuklah ikan terubuk masin.  Di mana-mana pasar atau pasar tani mesti ada orang jual ikan terubuk masin ini.  Harganya tidak juga murah.

Saya sebagai seorang Sarawak jati, iaitu memang 100 peratus, pun kurang mengerti kenapa terubuk masin ini popular.  Bagi saya tidak ada apa rasa istimewanya.  Habis-habis orang goreng sebagai ikan kering atau ikan asin saja.  Mungkin ada yang buat masak lain seperti kari atau masak lemak.  Begitu pun saya tidak rasa ia istimewa.

Bagi saya telur terubuk adalah jauh lebih sedap dan lebih istimewa.  Tetapi sekarang harganya amat mahal dan memang susah juga untuk mendapat bekalannya.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Kak G pun lebih suka telur terubuk. :)

KAKIAH said...

Salam Asan.
Terubuk masin sedap dibuat masak lemak cili api. Cuma susah nak dapat kan? Kena ada orang pergi Sarawak dulu!

RAISA said...

Salam Asan.
Ikan terubuk masin Sarawak ni memang popular tapi sedikit mahal ler!

BID said...

Aslmkm.
Hmmm lain2 raser ye?
Tapi biasanya jenis ikan masin memang membuka selera! :)