Saturday, November 20, 2010

JANGAN CAKAP & SLOGAN SAJA

Semasa Ketua Polis Negara mengambil alih beliau menekankan konsep mesra rakyat dan penduduk sebagai antara nilai utama yang mesti dilaksanakan.  Harap-harap jangan jadi seperti kebiasaan di mana bila beralih pucuk pimpinan, rakyat disuap dengan pelbagai janji dan slogan.  Semuanya kedengaran gah!

Ada cakap dan slogan yang mulanya seperti satu kesungguhan.  Namun selepas beberapa ketika, jelas semuanya hanyalah gimik untuk menarik perhatian.

Ramai rakyat biasa yang menjalani  hidup dengan mengikut saja kehendak keadaan dan waktu mudah terpengaruh dengan segala apa saja yang disuapkan.  Tetapi bagi rakyat yang lebih bermentaliti tinggi, mereka memang tidak mudah terpedaya.

Tapi perkembangan yang berlaku sekarang seperti memberi petunjuk bahawa pimpinan baru mendapat perhatian.  Sama ada ini hanyalah satu illusi, atau memang satu kenyataan, masa saja yang akan memberi jawapan tepat.

4 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Sekarang dah jadi macam trend kan?
Harap2 akan ada keikhlasan & kesungguhan!

ROHAM said...

Salam Asan.
Sudah berlambak berkoyan2 bercakap & slogan2 .. muak betul!
Ya masa saja yang akan menentukan kebenaran!

RAM said...

Salam Asan.
Semoga saja, lebih ramai yg jujur & ikhlas.
Dah letih dengan sandiwara politik!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Memang gitu selalunya .. propa saja lebih2!