Saya ikut rasa terharu dan sedih dengan berita remaja Sarawak yang telah menghilang diri kerana mengikut kata hatinya ke India. Mungkin kerana saya juga anak Sarawak, saya rasa seperti kehilangan adik pula.
Sukar bagi kita untuk mengerti apa yang telah terjadi. Tapi jelas ada yang tidak kena.
Memang bukan pelek untuk remaja perempuan berkasih dan berkahwin dengan lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya. Juga tidak pelek untuk wanita Melayu jatuh cinta kepada lelaki yang bukan sebangsa dan seagama. Cuma cara yang telah berlaku kepada remaja ini membuat kita tertanya-tanya di mana yang tidak kena.
Kita sama-samalah membantu keluarganya berdoa semoga dia mendapat petunjuk untuk sentiasa tunduk akur hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga tidak lari akidahnya dan dia juga tidak terjebak kepada kemungkinan yang tidak baik. Amin.
8 comments:
Aslmkm.
Sukar nak komen apa ... isu sensitif ni!
Salam Asan.
Ada lagi kes begini yg tidak dilapor!
Kadang2 ibu bapa lalai mengesan perubahan pada anak2 .. bila terjadi perkara seperti ini terpinga2 mencari jawapan!
Moga kita dapat membimbing anak2 kita dengan lebih baik lagi.
Salam ziarah.
Anak2 sering keliru antara cinta kasih & manipulasi kasih.
Kasihan ibu bapa!
Salam Asan.
Bukan anak sarawak saja, satu malaysia pun serupa juga .. sepertinya remaja cari jalan untuk keluar bebas dari keluarga tanpa tahu pasti hidup didepan mereka!
Aslmkm.
Bila ada citer begini, naik seram juga .. kita pun ada remaja juga & dunia di luar sana seakan sungguh menggoda!
Aslmkm.
Kekadang remaja teruja dengan kemewahan & keseronokan yg dipamerkan oleh penggoda!
Bid selalu ingat pesan Mak & Mama. Mama suruh Bid amalkan baca ayat kursi minta perlindungan Ilahi.
Salam Asan.
Sungguh kasihan ibu bapa!
Pasti ada salah di mana2 .. ambil iktibar supaya kita boleh cuba cegah dari ditimpa masaalah yg sama.
Salam ziarah.
Ini sudah menjadi lumrah pula nampaknya!
Post a Comment