Akhirnya Malaysia berjaya mencatat nama sebagai pasukan bolasepak yang patut dihormati. Berbaloi dedikasi Rajagopal melatih pasukan negara. Kiranya ini adalah pengakhiran yang baik. Kita boleh juga katakan tahun 2010 melabuhkan tirai dengan agak bergaya.
Walaupun perlawanan akhir Piala Suzuki dicemari dengan insiden laser di pusingan pertama di Kuala Lumpur, ia tetap menunjukkan pasukan negara memang ada kualiti dan layak. Biarpun kalah di pusingan di Indonesia, ia adalah kekalahan tipis. Secara aggreget, Malaysia menang dengan 4 gol berbalas 2.
Sekalung tahniah untuk pasukan muda negara. Syabas untuk Rajagopal dan anak-anak didiknya. Semoga semangat ini akan terbina dan berkembang hingga ke tahun-tahun akan datang.