Thursday, December 30, 2010

PENGAKHIRAN YANG BAIK

Akhirnya Malaysia berjaya mencatat nama sebagai pasukan bolasepak yang patut dihormati.  Berbaloi dedikasi Rajagopal melatih pasukan negara.  Kiranya ini adalah pengakhiran yang baik.  Kita boleh juga katakan tahun 2010 melabuhkan tirai dengan agak bergaya.

Walaupun perlawanan akhir Piala Suzuki dicemari dengan insiden laser di pusingan pertama di Kuala Lumpur, ia tetap menunjukkan pasukan negara memang ada kualiti dan layak.  Biarpun kalah di pusingan di Indonesia, ia adalah kekalahan tipis.  Secara aggreget, Malaysia menang dengan 4 gol berbalas 2.

Sekalung tahniah untuk pasukan muda negara.  Syabas untuk Rajagopal dan anak-anak didiknya.  Semoga semangat ini akan terbina dan berkembang hingga ke tahun-tahun akan datang.

8 comments:

Sanna said...

Salam Asan.
Ya tahniah untuk kejayaan ini! Berbaloi la usaha kan?

Anonymous said...

Aslmkm.
Tahniah kepada K Rajagopal & teamnya!

SITIJA said...

Salam Asan.
Kita semua ikut gembira.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Ya benar. Kita tuurut bangga.

BID said...

Aslmkm.
Selamat Tahun Baru 2011.

RAISA said...

Salam Tahun Baru 2011.

KAKIAH said...

Salam Asan.
Kejayaan yang membanggakan. Mudahan saja prestasi akan dikekalkan.

ROHA said...

Salam Asan.
SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Semoga bahagia & diberkati. Amin.