Monday, January 24, 2011

TAHNIAH UNTUK DATUK CHONG WEI

Malam tadi lagi nak buat N3 ni, tapi lepas komputer lembab sangat terus lupakan saja.  Namun nak juga rakamkan ucapan tahniah untuk pemain nombor satu negara sekarang ini.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei diatas kemenangan di Kejuaraan Badminton Terbuka Malaysia semalam.  Semua orang tahu ini adalah kemenangan yang ketujuh berturut-turut bagi Chong Wei.

Lawannya diperingkat akhir ini, Taufik Hidayat dari Indonesia tidak langsung menunjukkan reaksi negatif.  Sepertinya beliau turut merestui kemenangan Chong Wei.


Lihat wajah ceria di muka kedua-dua pemanin handalan dunia di gambar ini.  Ini baru namanya semangat kesukanan.

Thursday, January 20, 2011

BOLEH KE TAHAP INI?

Saya petik paparan dari rakan blogger, Bujang Susah, hari ini.  Cuba kita sama-sama mengerti.
"Ini berita tidak rasmi tetapi 99.9% benar. Dari sumber diberitahu YB Hidir Abu Hassan (ADUN) Merlimau didalam kawasan parliment Jasin, Melaka. Telah meninggal dunia pada jam 2 petang tadi. Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku... Alfatehah untuk beliau.

Sebelum ini YB Hidir diberitakan koma oleh pemandunya.. namun akhbar utusan mengatakan YB Hidir dalam keadaan setabil. Berita ini juga diulas oleh Ketua Menteri Melaka ali rustam yang mengatakan YB Hidir tidak sakit dan hanya berehat di ICU. Seperti yang pernah saya katakan jika ingin membaca Utusan atau Berita hairan dalam format politik, kita mestilah membacanya dengan kefahaman yang terbalik. Kalau ia kata kurus bermakna gemuk la tu. Begitu juga dengan kenyataan ali rustam. Bak kata kawan saya mungkin lepas ni ali rustam akan kata tak perlu adakan PRK kerana YB Hidir tidak meninggal dunia tapi hanya berehat di alam barzah. Wassalam."
Saya juga baru mendengar tentang kematian ADUN ini.  Tak tahulah tentang kesahehannya.  Tapi mengikut berita saheh pula memang beliau kemalangan dan kritikal.

Jadi memang ada yang tidak beres ini.  Terfikir pula berita seperti di atas - laporan akbar perdana itu maksudnya apa ya?

Saya terus tertanya-tanya sendiri, 'memang ada manipulasikah?  Untuk apa?'  Bolehkah perbuatan manusia sampai ke tahap ini?

Thursday, January 13, 2011

SANDIWARA & SAGA KHIR TOYO PULA

Selangor ini memang penuh dengan pelbagai cerita.  Memang penuh warna-warni.  Dari semasa Muhammad Taib hingga sekarang, macam-macam cerita panas ada.

Pada saya, era paling panas dan berwarna warni ialah semasa Khir Toyo.  Mungkin ada kejutan budaya kerana beliau diangkat menjadi menteri besar secara mendadak di usia muda.  Dengan sokongan kuat dari kerajaan Persekutuan, mulalah era Khir Toyo.

Memang ramai sekali orang tahu bahawa beliau menyalah-gunakan kuasa dan beliau sudah menjadi rakus dan angkuh.  Tetapi memang bukan senang pula nak membawa seseorang ke pengadilan kerana bukti mesti kukuh dan jelas.  Jika bukti dibawah pengaruh pelakunya, itu menambahkan kesulitan.

Semakin lama semakin tinggi keangkuhan Khir Toyo.  Manakan tidak - pegawai kerajaan di beri penyapu sebagai ukuran prestasi yang buruk mengikut penilaiannya.

Bagi orang Melayu, itu memang petanda beliau sendiri akan jatuh.  Orang Islam yang beriman tidak akan sekali-kali memalukan orang di khalayak ramai begitu!

Semasa BN kalah di Selangor, beliau macam cacing kepanasan dan menjadi seorang 'sore loser!'  Dari awal hingga sampai ke saat beliau dihadapkan ke Mahkamah di atas tuduhan salah laku, macam-macam salah orang dicarinya.

Pendeknya tak putus-putus ada cerita bersabit dengan beliau.  Sampai hari, dah ada kontroversi bersabit Darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri pula.

Beliau menarik perhatian dengan mengatakan beliau menyerahkan kembali gelaran itu secara sukarela.  Hari ini pula Setiausaha (SUK) Kerajaan Selangor yang baru dilantik dengan persetujuan DYMM Sultan mengeluarkan kenyataan yang berbeza.  Kenyataan SUK ialah darjah itu digantung oleh DYMM Sultan dan bukannya beliau memulangkan secara sukarela.

Aduhai!  Bila nak habis sandiwara dan saga si Khir Toyo ni!

Saturday, January 8, 2011

BILA NAK HABIS SANDIWARA

Nampaknya semakin melalut sandiwara yang dimainkan sekarang.  Ramai orang sudah semakin letih melihat dan mendengar.  Anehnya ramai mengecam satu pihak.  Walhal perkara seperti ini bukanlah satu kejutan atau pun perkara baru.

Di Sarawak dan Sabah pun sakan dramanya.  Sejak berdekad-dekad perkara seperti ini berlaku.  Jawatan tertinggi Perseketuan mesti dijawat oleh pegawai atasan yang mendapat persetujuan dan kelulusan kerajaan negri.  Situasi menjadi begitu kritikal hingga jawatan Setiausaha Persekutuan terpaksa dihapuskan untuk sekitar satu dekad sebelum dipulihkan semula.

Di Penang pun sering berlaku keadaan dimana calon untuk mengisi jawatan tertinggi Persekutuan ditentang oleh kerajaan negri.  Pernah calon Melayu untuk jawatan Pegawai Kewangan ditolak oleh Ketua Menteri; sebaliknya seorang pegawai Cina mengisi jawatan tersebut.

Perkara seperti itu berlaku ketika kerajaan negri adalah kerajaan BN juga.  Jadi kenapa sekarang perkara seperti ini menjadi kecuh?  Adakah kerana kini kerajaan negri itu bukan BN?

Secara logiknya seseorang yang akan mengisi jawatan tertinggi berkenaan mestilah seseorang yang boleh diterima oleh kerajaan negri.  Ini dapat melancarkan jentera kerajaan dan mengelakkan geseran serta pertembungan yang tidak menyenangkan.  Dengan itu usaha pembangunan untuk negara dan rakyat juga dapat berjalan lancar.

Bukan susah sangat untuk mezahirkan suasana menang-menang.

Sunday, January 2, 2011

SUDAH DI TAHUN BARU

Saya dan seisi keluarga telah pergi bercuti sekejap ke Kota Kinabalu.  Perancangan 'last minute' sebenarnya.  Kebetulan dapat tiket pergi balik dengan harga diskaun.

Kita sudah pun berada di tahun 2011.  Jadi elok kita sama-sama merasa syukur kerana masih diberi berkesempatan untuk menikmati tahun ini.  Semoga semuanya akan jauh lebih baik untuk kita semua.

SELAMAT
TAHUN BARU 2011