Thursday, January 20, 2011

BOLEH KE TAHAP INI?

Saya petik paparan dari rakan blogger, Bujang Susah, hari ini.  Cuba kita sama-sama mengerti.
"Ini berita tidak rasmi tetapi 99.9% benar. Dari sumber diberitahu YB Hidir Abu Hassan (ADUN) Merlimau didalam kawasan parliment Jasin, Melaka. Telah meninggal dunia pada jam 2 petang tadi. Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku... Alfatehah untuk beliau.

Sebelum ini YB Hidir diberitakan koma oleh pemandunya.. namun akhbar utusan mengatakan YB Hidir dalam keadaan setabil. Berita ini juga diulas oleh Ketua Menteri Melaka ali rustam yang mengatakan YB Hidir tidak sakit dan hanya berehat di ICU. Seperti yang pernah saya katakan jika ingin membaca Utusan atau Berita hairan dalam format politik, kita mestilah membacanya dengan kefahaman yang terbalik. Kalau ia kata kurus bermakna gemuk la tu. Begitu juga dengan kenyataan ali rustam. Bak kata kawan saya mungkin lepas ni ali rustam akan kata tak perlu adakan PRK kerana YB Hidir tidak meninggal dunia tapi hanya berehat di alam barzah. Wassalam."
Saya juga baru mendengar tentang kematian ADUN ini.  Tak tahulah tentang kesahehannya.  Tapi mengikut berita saheh pula memang beliau kemalangan dan kritikal.

Jadi memang ada yang tidak beres ini.  Terfikir pula berita seperti di atas - laporan akbar perdana itu maksudnya apa ya?

Saya terus tertanya-tanya sendiri, 'memang ada manipulasikah?  Untuk apa?'  Bolehkah perbuatan manusia sampai ke tahap ini?

10 comments:

Zizaq said...

Salam Asan.
Namanya manusia .. lemah & banyak kekurangan serta mudah terbujuk setan.
Jadi apa2 pun mungkin!

KERI said...

Salam Asan.
Memang kita yang jujur ikhlas sukar mengerti bagaimana mereka boleh jadi begitu!

Anonymous said...

Aslmkm.
Berita kematian sudah disahkan malam ini.

RAM said...

Salam Asan.
Ketentuan Illahi seperti mati tak dapat dinafi atau sembunyi!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Nasib baik tak jadi samapai begitu.
Dah sah meninggal!

ROHA said...

Salam Asan.
Ya, akhirnya telah disahkan.

Nori said...

Salam Asan.
Biar ya pun, susah dilaksana tu!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Kematian sukar disembunyikan .. kena pelan betul2 kot nak menjadi!

SITIJA said...

Salam Asan.
Macam2 yang cuba dikelirukan.
Tapi tak mudah nak lakukan bila bersabit kematian.

BID said...

Aslmkm.
Macam2 la! Seram & menakutkan!