Thursday, January 13, 2011

SANDIWARA & SAGA KHIR TOYO PULA

Selangor ini memang penuh dengan pelbagai cerita.  Memang penuh warna-warni.  Dari semasa Muhammad Taib hingga sekarang, macam-macam cerita panas ada.

Pada saya, era paling panas dan berwarna warni ialah semasa Khir Toyo.  Mungkin ada kejutan budaya kerana beliau diangkat menjadi menteri besar secara mendadak di usia muda.  Dengan sokongan kuat dari kerajaan Persekutuan, mulalah era Khir Toyo.

Memang ramai sekali orang tahu bahawa beliau menyalah-gunakan kuasa dan beliau sudah menjadi rakus dan angkuh.  Tetapi memang bukan senang pula nak membawa seseorang ke pengadilan kerana bukti mesti kukuh dan jelas.  Jika bukti dibawah pengaruh pelakunya, itu menambahkan kesulitan.

Semakin lama semakin tinggi keangkuhan Khir Toyo.  Manakan tidak - pegawai kerajaan di beri penyapu sebagai ukuran prestasi yang buruk mengikut penilaiannya.

Bagi orang Melayu, itu memang petanda beliau sendiri akan jatuh.  Orang Islam yang beriman tidak akan sekali-kali memalukan orang di khalayak ramai begitu!

Semasa BN kalah di Selangor, beliau macam cacing kepanasan dan menjadi seorang 'sore loser!'  Dari awal hingga sampai ke saat beliau dihadapkan ke Mahkamah di atas tuduhan salah laku, macam-macam salah orang dicarinya.

Pendeknya tak putus-putus ada cerita bersabit dengan beliau.  Sampai hari, dah ada kontroversi bersabit Darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri pula.

Beliau menarik perhatian dengan mengatakan beliau menyerahkan kembali gelaran itu secara sukarela.  Hari ini pula Setiausaha (SUK) Kerajaan Selangor yang baru dilantik dengan persetujuan DYMM Sultan mengeluarkan kenyataan yang berbeza.  Kenyataan SUK ialah darjah itu digantung oleh DYMM Sultan dan bukannya beliau memulangkan secara sukarela.

Aduhai!  Bila nak habis sandiwara dan saga si Khir Toyo ni!

9 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Semoga saja beliau boleh menjadi seorang pemimpin Islam yang sentiasa berpegang kepada hukum Allah SWT.

RAISA said...

Salam Asan.
Sandiwara berterusan!

ROHA said...

Salam Asan.
Macam2 sandiwara lagi ada!
Ada cerita lawak jenaka ni:
- Bila suami jadi menteri, isteri jadi perdana menteri;
- Bila suami jadi perdana menteri, isteri jadi 1st lady!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Ish3 .. gitu la gayanya!!! :((

Zizaq said...

Salam Asan.
Ya la!
Mula tu si Mat Taib cuba bodhkan orang bawa duit A$2juta .. pegi court kata tak reti omputih. Cikgu dulu tu. Jadi MB & penipu!
Si Khir Toyo pula lupa daratan!
Skrip bagus juga! Kah3!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Ada lagi sandiwara paling menjengkelkan .. si mabuk tarik perhatian umi hafilda tu! Aduh, kita pula sesak dada!

RAM said...

Salam Asan.
Mereka2 species ni mudah dicari, senang didapati, boleh silih berganti!
Kita tak perlu buang masa dengan mereka. Lebih afdal baiki diri kan?

KERI said...

Salam Asan.
Pelaku-pelaku bersalah kepada sesama insan. Urusan dengan Allah, Allah Maha Mengetahui segalanya.

ROHAM said...

Salam Asan.
Manusia jenis ini banyak di luar sana!