Saturday, January 8, 2011

BILA NAK HABIS SANDIWARA

Nampaknya semakin melalut sandiwara yang dimainkan sekarang.  Ramai orang sudah semakin letih melihat dan mendengar.  Anehnya ramai mengecam satu pihak.  Walhal perkara seperti ini bukanlah satu kejutan atau pun perkara baru.

Di Sarawak dan Sabah pun sakan dramanya.  Sejak berdekad-dekad perkara seperti ini berlaku.  Jawatan tertinggi Perseketuan mesti dijawat oleh pegawai atasan yang mendapat persetujuan dan kelulusan kerajaan negri.  Situasi menjadi begitu kritikal hingga jawatan Setiausaha Persekutuan terpaksa dihapuskan untuk sekitar satu dekad sebelum dipulihkan semula.

Di Penang pun sering berlaku keadaan dimana calon untuk mengisi jawatan tertinggi Persekutuan ditentang oleh kerajaan negri.  Pernah calon Melayu untuk jawatan Pegawai Kewangan ditolak oleh Ketua Menteri; sebaliknya seorang pegawai Cina mengisi jawatan tersebut.

Perkara seperti itu berlaku ketika kerajaan negri adalah kerajaan BN juga.  Jadi kenapa sekarang perkara seperti ini menjadi kecuh?  Adakah kerana kini kerajaan negri itu bukan BN?

Secara logiknya seseorang yang akan mengisi jawatan tertinggi berkenaan mestilah seseorang yang boleh diterima oleh kerajaan negri.  Ini dapat melancarkan jentera kerajaan dan mengelakkan geseran serta pertembungan yang tidak menyenangkan.  Dengan itu usaha pembangunan untuk negara dan rakyat juga dapat berjalan lancar.

Bukan susah sangat untuk mezahirkan suasana menang-menang.

10 comments:

KERI said...

Salam Asan.
Memang bukan susah nak ujudkan situasi menang2, tapi orang yg mabuk kuasa & gelojoh nak menang sorang2 atau sama geng saja!

RAM said...

Salam Asan.
Yang susah tu sebab ramai sangat keras kepala.

CIKDAH said...

Aslmkm.
Selagi ada manusia didunia, sandiwara mesti ada punya!

BID said...

Aslmkm.
Selagi ada nyawa mereka semua .. turun temurun lagi!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Ada yang suker cenggini!

SITIJA said...

Salam Asan.
Memang dunia pentasnya .. manusia memainkan peranan mereka!

RAISA said...

Salam Asan.
Bila dunia kiamat la agaknya!

Sanna said...

Salam Asam.
Saja la tu .. padahal selama ni boleh rujuk pun! Melayu berani dengan Melayu!

Zizaq said...

Salam Asan.
Bila dunia kiamat la agaknya!

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... gayanya ramai yang tahu cerita & scenario sebenar!
Allah Maha Mengetahui & Allah Maha Adil.
Kita sama2lah doakan yang terbaik.