Saturday, March 5, 2011

ULAT MULUNG

Tadi ada kawan bertanya tentang ulat mulung.  Dia berpendapat orang Sarawak semuanya makan ulat mulung.  Oleh kerana saya adalah orang Sarawak, dia ingat saya pun makan ulat ini.

Kiranya itu satu persepsi yang salah.  Orang Melayu Islam seperti saya tidak makan ulat mulung.  Ulat ini dimakan oleh warga etnik seperti Iban, Bidayuh, orang Ulu, Melanau dan sebagainya.

Sumber: Google

Bagi orang etnik ini, ulat mulung menjadi lauk ataupun dimakan sebagai snek.  Katanya ia baik untuk kesihatan kerana sumber makanannya amat bersih iaitu umbut sago.

Bagi orang Kuching, kaum etnik selalu mencarinya di Pasar Satok pada hari minggu.  Orang etnik dari kawasan pendalaman akan membawa ulat mulung untuk dijual.  Harganya antara 30 - 50 sen seekor.

Mengikut nilai saintifik ulat mulung adalah salah satu sumber protein yang sangat baik.  Ia juga tidak mengandungi kolestrol dan lemak.

12 comments:

CIKDAH said...

Aslmkm.
Ish geli juga!
Tapi budaya orang kan?

nurayunni said...

geliiiii wehhh....mcmne la dieorg mkn agaknyeee...

Sanna said...

Salam Asan.
Aduhhh .. gelinya!

BID said...

Aslmkm.
Ish3 gelinyer!

KERI said...

Salam Asan.
Saya pernah tengok semasa pergi bercuti ke sana. Malah kawan abang ipar beli letak dalam kete lagi. Naik kembang tengok dibuatnya!

ROHA said...

Oishh .. Mak ai!
Memang geli la!

Nori said...

Salam Asan.
Adat budaya masing2 berbeza .. kita tengok dah geli!!

Anonymous said...

Aslmkm.
Kak G diberitahu sekarang sudah semakin susah mendapat bekalannya.
Masa tinggal di Kuching dulu, selalu juga Kak G nampak.

RAISA said...

Salam Asan.
Laa .. geli teramat!

SITIJA said...

Salam Asan.
Geli betul la! Ish!

RAM said...

Salam Asan.
Katanya orang sarawak goreng sampai pecah minyak. Ya ka?

KAKIAH said...

Salam Asan.
Memang geli la!