Monday, February 28, 2011

MAKAN MURTABAK

Dua hari ni sibuk dengan sanak saudara yang datang dari kampung.  Tetiba saja mereka telefon mengatakan mereka akan datang.  Riuh jugalah dengan suara dari tambahan dua keluarga.

Mereka datang menghantar seorang anak buah yang aan memegang jawatan baru di Putrajaya mulai 1 Mach esok.  Petang tadi mereka sudah berangkat balik.

Anak buah pula akan tinggal bersama saya buat sementara.  Katanya nak mencari kawan berkongsi rumah di kawasan yang lebih dekat Putrajaya.  Kalau duduk dengan saya memang jauh juga nak pergi kerja ke Putrajaya.

Selepas sanak saudara berangkat, anak-anak pula merungut nak makan martabak.  Jadi petang tadi melayan anak-anak ke restoran mamak la.

Murtabak Ayam & Daging

Kami memesan sebiji murtabak bagi tiap seorang.  Anak-anak mahu murtabak daging, isteri mahu murtabak ayam, sementara saya dan anak buah pesan murtabak kambing.   Sekejap saja habis licin!

11 comments:

Nori said...

Salam Asan.
Waa .. kenyang teramat sangat la jika sebiji sorang! Hehe.

BID said...

Aslmkm.
Wah, sakan!

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... di mana tu?

Sanna said...

Salam Asan.
Besar2nya!
Berapa sebiji?

RAISA said...

Salam Asan.
Murtabak kesukaan keluarga saya juga! Best kan?

ROHA said...

Salam Abang Asan.
Murtabak Yang Nyaman namanya? Macam mana tu?

CIKDAH said...

Aslmkm.
Wow! Berapa sebiji?
Besar tu! Mesti kenyang betul dibuatnya!

KERI said...

Salam Asan.
Mesti puas makan! Hehe.

RAM said...

Salam Asan.
Besarnya murtabak!

SITIJA said...

Salam Asan.
Sedappp!

Zizaq said...

Salam Asan.
Makan kat mana murtabak besar cenggitu?