Thursday, April 22, 2010

MASING-MASING MENGAKU MENANG

Saya sengaja pergi membuang masa ke kawasan parlimen Hulu Selangor yang akan memilih wakil rakyat pada 25 April nanti.  Hati tergerak untuk melihat secara dekat dan dengan mata kepala sendiri tentang perkembangan di sana.

Hari-hari kita disogok dengan pelbagai berita.  Paling riuh ialah berita melalui media-media perdana yang dibawah pengaruh dan arahan parti pemerintah negara iaitu BN.  Kemudian ada berita melalui blog-blog.  Ada jugalah juga berita melalui media suara resmi pihak pemerintah negeri Selangor seperti radio Selangor dan akhbar Harakah.

Jika kita dengar dari sebelah UMNO dan BN, sepertinya kemenangan berpihak kepada mereka.  Tetapi bila dengar dari PKR dan PR, mereka yang akan terus mengekalkan kerusi itu.  Siapa yang tepat dengan ramalan dan harapan mereka akan terbukti pada hari Ahad nanti.

Semalam PM Najib melaungkan dengan megah tentang pertemuannya dengan Obama.  Kedengarannya seperti US pula yang tunduk kepada Malaysia.  Tidakkah lawak tu?

Tetapi apa yang lihat sendiri, ceramah dan sessi pertemuan UMNO dan BN dengan rakyat di situ disertai oleh amat ramai jentera mereka sendiri.  Berbanding dengan ceramah dan pertemuan pihak lawan iaitu PKR dan PR yang lebih kelihatan ramai rakyat setempat terutamanya kalangan kaum Cina, dan juga lebih riuh dan bersemangat.

Liputan sehari saya mungkin satu ukuran yang tepat.  Apapun semua yang saya lihat sendiri adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan apa yang dihebuhkan dan diwarwarkan dengan gah melalui media arus perdana.


5 comments:

ROHAM said...

Salam.
Biasa la tu .. Hah hehe. Tunggu je hari Ahad ni. UMNO & sekutu BN dah buat mcm2 cara halal & haram utk nak menang .. segalanya adalah hak ketentuan Allah SWT jua!
Hmm .. anda bukan pengundi di sana?

Zizaq said...

Salam.
Semua mahu menang! Tunggu sajalah siapa yang benar2 menang nanti.

SITIJA said...

Salam.
Ya, mana ada yang mahu kalah. Tp keputusan nnti harus diterima.

Anonymous said...

Aslmkm.
Byk orang tu takut serta mudah pula diumpan dgn wang & material. Serendah itu ke harga diri? :(

jeman said...

salam.

lumrah biasa manusia, semua pun nak menang. cuma yg luar biasanya, bila ada yg dah mengaku menang walhal pertandingan belum dimulakan... riak tu namanya....

papehal pun kita mengharapkan kemenangan itu nanti adalah kemenangan tuk semua warga disana, bukan ayam menang kampung tergadai....