Sunday, May 30, 2010

GAWAI DAYAK

Perkataan Gawai bermaksud pesta atau perayaan.  Sementara Dayak merujuk kepada kaum etnik Sarawak yang terdiri dari suku Iban atau Dayak Laut dan Bidayuh atau Darak Darat.  Jadi secara amnya Gawai Dayak bermaksud Perayaan atau Pesta Dayak.  Ia juga dikenali sebagai Festival Hari Menuai.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.  Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai atau Ketua Gawai.

Suku kaum Dayak akan saling berziarah dan berkunjung terutamanya sesama saudara dan kaum keluarga serta kawan rakan.  Ziarah dan kunjungan ini disebut sebagai 'ngabang' dalam bahasa Iban. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan akan disedia dan disajikan. Tuak yang juga dikenali sebagai air beras adalah merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak ini.

FESTIVAL HARI MENUAI

Semalam satu persembahan kebudayaan drama muzikal sempena Gawai Dayak telah diadakan di Kampung Budaya, Sentubung, Kuching.  Gambar di atas menunjukkan sebahagian peserta yang menjayakannya.  Persembahan Festival Hari Menuai ini mengunakan tema, 'World Harvest Festival Theme Play 2010.'

Drama muzikal ini mengesahkan tentang  dan mengisahkan tentang 'Batang Arong dan Ratu Langit' iaitu cerita tentang pahlawan dari suku kaum Bidayuh yang mencari kesaktian cinta.  Kelihatannya begitu ramai pengunjung yang datang terpukau dengan persembahan ini.

Sebenarnya Gawai Dayak adalah acara agama dan juga acara sosial.  Mengikut sejarah ia mula disambut pada tahun 1957.  Selepas penubuhan Malaysia, ianya mula dirayakan secara meluas mulai tahun 1964.

3 comments:

BID said...

Aslmkm.
Gitu ye .. Bid pernah dgr & tgk kat TV .. tp tak pernah pergi sana!

Anonymous said...

Aslmkm.
Nang confirm kitak org Serawak!
Kak G really missed the beautiful culture of Sarawak ... Belum ada tandingan lagi!

Zizaq said...

Salam.
Hmm .. menarik cerita ni.