Thursday, June 3, 2010

ISRAEL MENEGAKKAN BENANG BASAH

Dengan tekanan hebat dari seluruh pelusuk dunia Israel terpaksa berlagak rasional baik dengan membebaskan tahanan misi damai bantuan kemanusiaan yang mereka tawan itu.  Tetapi itu disusuli dengan ucapan kenyataan dari Perdana Menterinya yang masih mempertahankan tindakan mereka dalam menyerang kapal Mavi Marmara itu.

Lebih dari setengah abad Israel sentiasa memberi alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka menyerang dan merampas hak Palestin.  Kuasa barat dan besar berulang kali itu juga terus memberi sokongan moral kepada mereka.

Semalam PM regim zionis terus melabelkan anggota misi yang mereka tawan sebagai ahli-ahli yang menyokong pergerakkan pengganas dunia.  Apa la punya manusia?  Tak habis-habis menegakkan benang basah dan menuding jari menyalahkan orang lain!!!

6 comments:

Zizaq said...

Salam.
Kalau benang kering pun tak boleh tegak berdiri!!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Ibarat harimau luka tetap melawan!

BID said...

Aslmkm.
Memang jahat la si kutuk ni .. zionis kejam! tak berhati perut!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Masaalah menjadi getir bila yg Islam pun tak bersatu .. tgk saja arini di Msia kita .. nape tak join sekali je .. dah ada org PR mulakan, yg lain patu ikut je sekali utk menunjukkan bersatu kuat!!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Lalu saja le. :)

DDrfauziah said...

Kak G nak ucap bbyk terima kasih juga di atas segala perhatian & pertolongan. Semoga diberkati, amin.