Wednesday, July 28, 2010

"JUMPA DI SYURGA"

Di dalam lagu, semasa kehidupan dan kematian, orang sering berucap "Jumpa Di Syurga" seolah-olah semua manusia akan berakhir di Syurga di Sana.  Tetapi yang berlagu, yang saling mengucapkan ramai yang hidupnya tidak menepati ciri-ciri ahli-ahli Syurga.

Dalam melihat kesedihan keluarga yang ditimpa musibah, saya turut rasa simpati.  Orang tersayang sudah terbujur kaku di atas katil menanti upacara mandi, mengkafankan, disembahyangkan dan seterusnya untuk dikebumikan.  Keluarga si mati berpakaian serba hitam.  Begitu juga dengan orang-orang yang datang berziarah kebanyakannya berpakaian serba hitam atau serba putih ataupun dalam warna-warna pastel lembut.

Semasa orang mengkafankan, terdengar siibu memberitahu anak-anaknya bahawa bapa mereka sedang dalam perjalanan ke Syurga.

"Papa will look after us from up there in Heaven," ibu terus memberitahu anak-anaknya yang dalam peringkat umur berbeza antara 8 - 20 tahun.

Bisik salah seorang yang turut hadir ziarah kepada teman disebelahnya, "Mereka agama apa?" yang membuat beberapa berdekatan mengalih pandangan kepadanya.

Mengikut dari cerita sipencerita, mereka sebenarnya hidup seperti warga barat yang tidak mengikut peraturan hidup mana-mana agama.  Suami yang meninggal kerana kemalangan jalanraya berketurunan campuran Melayu-Cina sementara isteri pula adalah dari keturunan elit Melayu yang memang kebaratan cara hidup mereka.  Bila mati, baru dipanggil para ulama dan orang-orang yang lebih jelas Islamnya untuk mengurus mayat.

Kesimpulannya ibu ini membayangkan Syurga ciptaannya kepada anak-anaknya.  Mana ada dalam Al Quran yang mengatakan bahawa orang yang mati akan menjaga anak isteri dari atas sana di Syurga!  Sudah jelas sesat yang menyesatkan!

6 comments:

SITIJA said...

Salam Asan.
Betul la tu!

Azman said...

Salam,

Entah lah,kdg manusia ni asyik mimpikan syurga,tapi pada hakikatnya dimasa hidup tidak merintis ke jalan itu..wallahualam..

RAISA said...

Salam Asan.
Tak salah utk mereka bermimpi.
Cuma jelas mereka sudah menyimpang jauh dari Islam.

BID said...

Aslmkm.
Ya banyak orang terlalu jahil dengan Islam. Mubaligh Islam tidak berkesan!

ROHA said...

Salam Asan.
Suatu modul pendekatan pendidikan yg lebih baik & efektif mesti dibuat dengan segera.

Anonymous said...

Aslmkm Asan.
Jika kita prihatin, kita insaf bahawa berlaku byk kepincangan dlm perancangan & implementasi kita sebagai negara Islam.
Hanya rakyat juga yg berkuasa mengubah mandat kuasa! Kita sama2lah berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya utk kita.