Friday, July 30, 2010

PELUANG ADA TAPI TAK ADA REZEKI

Mungkin juga kebanyakan orang di Semenanjung ni fikir orang Sarawak menjual kek lapis.  Ramai juga bertanya dengan saya untuk menempah kek lapis ini.  Ada juga yang menawarkan khidmat untuk menjadi agen menjual.  Malah ada sebuah syarikat pengedar menawarkan untuk membeli secara pukal.

Pendek kata peluang untuk mencari wang tambahan sudah terbuka luas.  Memang untungnya lumayan juga iaitu antara 25 - 40 % bergantung kepada peluang mana yang saya ambil dan jenis-jenis keknya.

Jika saya bersetuju dengan tawaran syarikat pengedar tu, ini yang paling mudah dan lumayan.  Walaupun komisennya hanya 25% tetapi jumlah pesanannya memang besar iaitu minima 1000 kek masam manis dengan sebiji kek dibeli dengan harga borong RM 80.  Di waktu yang sama saya boleh mendapat bekalan dengan harga RM 65 sahaja sebji.  Maknanya saya bagi setiap sebiji kek, saya dapat RM 35.  Lumayan kan?

Tetapi satu masalah besar ialah saya memang agak sibuk sekarang.  Nanti kerana terkejar-kejarkan peluang yang lumaya ini, kerja saya terganggu dan menumbulkkan masaalah besar pula nanti.  Jadi saya pujukkan hati dengan mengatakan, 'memang tak ada rezeki untuk tahun ini.'

Walaubagaimanapun saya telah memberi peluang ini kepada seorang saudara yang juga merupakan kawan baik saya.   Sekurang-kurangnya saya mendapat pahala.

6 comments:

ROHA said...

Salam Asan.
Ish3 untung atas angin saja tu!
Agaknya berapa syarikat jual ke pasaran ya?
Tahun lepas ada kawan beli, dijual kira berat .. 1 kilo = RM 40. Satu biji kek tu 2 kg lebih rasa.
Bes yer bila ada pasaran begitu!

Zizaq said...

Salam Asan.
Ehh bestnyer .. kalau kita pandai, nak juga cuba!

RAISA said...

Salam.
Alahai! Sayangnyer!

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm ... sikap ini amat terpuji ... wang bukan segalanya ... setiap rezeki didahuluka dgn kewajipan & kewajipan mesti dilakukan dengan baik.
Semoga ASAN akan terus dirahmati & diberkati. Amin.

RAISA said...

Salam Asan.
Kalau ditolak tu bukan tak ada rezeki, tapi tak mahu namanya! :)
Tapi baikk hati Asan berikan rezeki itu pada orang lain.

BID said...

Aslmkm.
Bid pun ikut terima tempahan biskut raya. Tapi tak banyak macam ni! Mesti tak terbuat! Hehe.