Walaupun aku bukan orang Sepanyol, aku ikut menari gembira. Aku turut jerit denga gembira. Kenapa?
Pasukan bolasepak menunjukkan mutu permaian yang tinggi. Mereka mengawal bola dengan baik dan pemain-pemain juga menunjukkan dedikasi dan semangat kesukanan yang tinggi.
Sepanyol adalah pasukan yang berprestasi tinggi. Tetapi mereka tidak pernah bernasib baik dan gagal ke peringkat skhir.
Sekali ini mereka menyertai pertandingan Piala Dunia 2010 sebagai salah satu pasukan favorit. Mereka adalah Juara Eropah. Tetapi mereka kalah satu perlawanan awal yang seperti memberi petanda bahawa nasib masih tidak bersama mereka.
Tetapi selepas itu mereka terus menang. Permainan mereka cantik. Mereka yakin tapi gementar semasa perlawanan akhir. Rentak mula mengucar-kacirkan rentak permainan mereka kerana jelas Belanda dari mula memang cuba menyerang pemain Sepanyol, dan bukannya cuba mendapatkan bola.
Namun sekali ini nasib bersama mereka. Dalam keadaannya cedera dan berada di tahap bawah keupayaannya, Fernando Torres pas bola cantik kepada Iniesta yang berjaya menjaringkannya dengan cantik pula di masa tambahan.
Adil sekali kerana Piala Dunia 2010 telah memahkotakan Sepanyol. Memang Sepanyol adalah salah satu pasukan yang terbaik di dunia kini. Semalam pun mereka adalah pasukan yang lebih baik.
Viva Espana!
4 comments:
Salam.
Viva Espana!
Aslmkm.
Mereka memang layak menang! Ya kan?
Aslmkm.
Seronok bila yg baik & bagus yg menjadi juara!
Salam Asan.
Ya, hampir semua orang bersetuju.
Post a Comment