Apabila mendengar Maher Zain berterus-terang menyatakan bahawa dia pernah tersasar hinggakan sampai dia terlupa membaca Al Fatihah tiga tahun yang lalu, saya makin amat insaf tentang kebesaran Allah SWT. Bukan apa, saya juga pernah mengalami peristiwa hampir serupa semasa umur sebaya dia terjebak sesat itu.
Sebagai anak bongsu, saya lebih dimanjakan. Ibu selalu mengikut apa saja mahu saya. Cuma Ayah saja yang selalu mengingatkan Ibu supaya jangan berlebihan mengalah dengan kemahuan dan kerenah saya.
Selepas habis Tingkatan 5, saya tidak mahu belajar lagi. Sebaliknya saya terus cari kerja dan nasib saya baik kerana mudah mendapat jawatan di sektor awam. Kemudian saya ikut-ikutan dengan gaya remaja yang suka berpoya. Gaji tak cukup, Ibu sedia menampung keperluan saya.
Tiga tahun lebih saya hanyut. Saya sentiasa pulang rumah hampir ke subuh hari. Sembahyang langsung ditinggalkan kerana sentiasa berdampingan dengan kumpulan kawan yang menunggang air setan!
Sehingga satu hari saya difitnah terlibat dadah. Nasib baik abang sulung saya merayu pegawai penguatkuasa supaya melepaskan saya dalam jaminannya.
Sejak hari itu saya bertaubat. Saya berkenalan dengan isteri saya, dan dua tahun kemudian kami terus ke jinjang pelamin. Alhamdulillah, saya diberi peluang bertaubat dan memperbaiki diri.
12 comments:
Aslmkm.
Allahu Akbar.
Allah Maha Penyayang. Kita sentiasa diberi kesempatan & peluang.
Syukur, alhamdulillah.
Salam Asan.
Bersyukur di atas nikmat Tuhan.
Begitu besar rahmat & peluang diberikan!
Salam Asan.
Alhamdulillah.
Semoga memang menjadi pengajaran & sejarah tidak berulang.
Salam Asan.
Ya, jelas Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang. Bersyukurlah!!!
Salam Asan.
Semoga terus dirahmati.
Hmmm, mana beli hadiah tu?
Salam Asan
Anda bernasib baik diberkati dengan nikmat sebesar ini!
Alang2 nak tanya di mana beli cenderahati yg diberi pada Kak G!
Aslmkm ASAN.
Kak G nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas hadiah yang sungguh istimewa tu. Kak G terima tadi pagi.
Memang sungguh cantik! Love d color & love d gift.
Salam & terima kasih juga utk ur wife ya.
TQVM again.
Aslmkm.
Anda bertuah dikurniakan peluang ini. Syukur!
Salam sdra Asan.
Saya ikut doakan yg terbaik untuk sdra.
Kesempatan & rahmat yg diberikan mesti digunakan sebaiknya.
Salam Asan.
Syukurlah.
Semoga bahagia.
Salam Asan.
Anda bertuah dianugerahkan peluang ini. Bersyukurlah.
Salam Asan.
Begitu besar anugerah itu .. jangan sia2kan.
Post a Comment