Sunday, October 31, 2010

SERANGAN ANGIN AHMAR

Sejak semalam topik yang saya turut ikut perkatakan ialah tentang penyakit stroke atau dikenali juga sebagai angin ahmar.  Ini adalah kerana abang sulung saya baru saja terkena stroke ini.  Ibu memanggil anak-anak lain balik ke kampung untuk memberi sokongan moral.

Ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.  Abang saya terlalu amat stres sejak setahun yang lalu selepas rakan kongsi niaganya songlap sebahagian besar duit syarikat.

Saya pulang selama dua hari untuk bersama keluarga.  Memang kasihan melihat keadaan abang yang dalam keadaan separa sedar.  Beliau lumpuh total dan terlantar tanpa dapat berkata-kata.  Doktor pula tidak menjanjikan apa-apa.

Nampaknya, keluarga abang saya terpaksalah memberi perhatian kepada beliau.  Beliau sekarang bergantung sepenhnya kepada bantuan orang.  Sungguh amat menyedihkan.

Agaknya ini yang selalu dikatakan oleh para medik.  Jika serangan jantung, orang boleh terus meninggal.  Tetapi jika terkena stroke, orang boleh lumpuh untuk tempuh masa yang tiada terhad.

Kita mesti harus lebih peka menjaga keperluan kesihatan badan kita.  Jika sudah terjadi perkara seperti ini, semua orang susah! 

7 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Kak G turut simpati di atas musibah yang menimpa.
Kak G yakin, keluarga sudah mencuba cara tradisonal juga.
Semoga dipermudahkan.
Sama2lah kita mengambil iktibar ya.

Zizaq said...

Salam Asan.
Saya juga turut simpati.
Semoga cepat sembuh atau diringankan segala kesakitan & keperitan. Amin.

RAM said...

Salam Asan.
Saya mendoakan terbaik untuk keluarga anda semua.
Jaga kesihatan diri juga ya!

SITIJA said...

Salam Asan.
Doakan & lakukan yg terbaik mapu untuk membantunya.
Sekarang benda sudah terjadi. Kita hanya boleh berusaha.
Tapi yang paling penting kita kena ambil iktibar.

BID said...

Aslmkm.
Bid ikut simpati juga.
Semoga diberkati untuk segera kembali sihat ya.

RAISA said...

Salam Asan.
Saya turut simpati.
Sabar & banyak-banyak berdoa ya!

ROHA said...

Salam Asan.
Simpati dari saya juga.
Semoga diringan & dipermudahkan. Amin.