Semalam saya pergi untuk pemeriksaan doktor. Secara berseloroh doktor berkata, jika nak kurangkan stres eloklah saya makan 'pistachios' atau apa kita kenali juga sebagai kacang cerdik. Saya ketawa dan bertanya apa kaitan kacang cerdik dengan stres.
Mengikut penerangan doktor ini kajian saintifik yang kukuh membuat kesimpulan bahawa dengan pengambilan kacang cerdik dalam diet seharian, ia akan berupaya melawan tekanan dari kehidupan seharian kita. Kajian juga menunjukkan kadar kolestrol terkawal. Dengan memakan kacang cerdik juga akan menurunkan risiko untuk mengidap barah paru-paru dan juga lain-lain barah.
Selain itu katanya kacang cerdik juga bantu merangsangkan pertumbuhan kepada manusia dari semasa dalam kandungan lagi. Kanak-kanak yang lahir dari rahim ibu yang makan kacang cerdik dalam diet hariannya akan jauh lebih tinggi IQ mereka, dan menjadi anak-anak pintar.
Termakan pula dengan segala penerangan doktor, saya pun bertekad untuk mula makan kacang cerdik tiap hari. Sebelum balik kerja, saya terus saja singgah di Supermarkat. Kebetulan pun isteri telah pesan minta belikan beberapa bekalan dapur.
Apabila membeli dengan banyak, barulah saya tengok harga kacang cerdik tu betul-betul. Mak Datuk ai! Mahalnya harga kacang ini.
Waktu duduk makan kacang cerdik ini seorang staf yang senior menegur secara berseluruh. Katanya, 'jangankan isteri mengandung, suami yang makan kacang cerdiknya!'
Saya tak pula tahu cerita disebalik kacang cerdik. Jadi saya tak dapat menangkap apa maksudnya.
Mengikut ceritanya kacang cerdik ada kaitan dengan cerita orang Arab dan orang Yahudi. Orang-orang benua ini memang suka makan kacang cerdik. Ibu-ibu mengandung memang menjadikannya diet harian kerana mereka semua mahukan keturunan yang cerdik serta pintar.
Jadi itulah yang dimaksudkan staf itu, iaitu berusaha melahirkan generasi yang pintar. Jadi jenakanya bermaksud bila makan kacang cerdik, anak akan menjadi lebih pintar.
Sebenarnya, tempuhari ada teman niaga datang melawat gudang. Oleh kerana pekerja-pekerja tidak meletakkan stok barang dengan kemas, ia kelihatan agak berterabur. Tetamu berkenaan komen, 'kalau pekerja tidak pintar, suruh mereka lahirkan anak pintar!'
8 comments:
Aslmkm.
Nampaknya kacang pun cerdik & mampu pula mencerdikkan orang! :)
Salam Asan.
Cerdiknya kacang sampai mencerdikkan orang! Hehehe.
Salam Asan.
Pasal cerdik tu mahal giler harganya!
Salam ziarah.
Kacang pun cerdik dari orang!
Salam Asan.
Setuju! Setuju!
Nak kata apa lagi? Hehe.
Salam Asan.
Hehe. Kacang tu cerdik, tu ler mahal harganya!
Salam Asan
Hehe. Kacang cerdik betul!
Salam Asan.
Saya memang suka kacang ni.
Orang pegi haji selalu beli bawa balik untuk dijamukan kepada pengujung yang datang selepas mereka pulang .. taruhnya skit ciput! :)
Nak puas makan kena beli sendiri la! Hehe.
Post a Comment