Sunday, October 17, 2010

PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

Hari ini Pengerusi FELDA berkata bahawa Lembaga ini sedang menjana perancangan untuk menyediakan khidmat pembantu rumah yang terlatih.  Mereka akan melatih peserta dengan kepakaran yang perlu.  Pihak Yayasan akan bertindak sebagai ejen dalam menyediakan khidmat bekalan pembantu rumah tempatan yang terlatih kepada majikan, disamping memastikan kebajikan pekerja berkenaan terjaga.

Mengikut Perancangan, program menyediakan pembantu rumah terlatih akan bermula pada Januari akan datang.  Peserta akan menjalani latihan selama setahun.  Pembantu rumah terlatih kemudian akan bekerja dengan kadar gaji antara RM 700 ke RM1,000.

Jika ini benar-benar menjadi kenyataan, ini anjakan yang bagus untuk rakyat Malaysia.  Sekurang-kurangnya ini akan menguntungkan semua pihak.

Majikan akan rasa terjamin dengan tawaran perkhidmatan seperti ini.  Pekerja dijamin terlatih, dan kadarnya juga berpatutan.  Pembantu pula akan mendapat jaminan pekerjaan dan lindungan sebagai pekerja.

Harap ini bukan cakap politik saja.  Begitu juga, biarlah jumlah kemasukan pelajar tidak terhad kepada 100 pelajar yang gagal mendapat tempat ke institusi pengajian itu saja.  Tentu lebih bijak untuk turut melebarkan pengambilan peserta dari kalangan penuntut lepasan sekolah di seluruh negara.  Pasti lebih ramai lagi yang mahu mengikuti kursus ini jika ada jaminan pekerjaan dan gajinya juga agak lumayan.

Apa yang nyata sekarang mereka yang bekerja sebagai pembantu pejabat dan kerani pun tidak begitu tinggi pendapatannya.  Itupun ramai yang mahu bekerja.

Jika FELDA ikhlas dan serius, dalam masa setahun lagi masaalah mendapat pembantu rumah terlatih akan dapat ditangani dengan lebih efektif.  Majikan pun tentu lebih selesa kerana tidak payah melalui proses pengambilan khidmat warga asing yang amat lece.

12 comments:

Anonymous said...

Aslmkm.
Jika benar dilaksanakan, memang baik untuk semua.

Zizaq said...

Salam Asan.
Jika mereka betul mengambil langkah profesional tentu la baik kan?

RAM said...

Salam Asan.
Yang baik boleh la kita sokong!

KERI said...

Salam Asan.
Jika mereka betul2 laksanakan, tentu baik untuk rakyat kita!

Sanna said...

Salam Asan.
Ada la juga berita yang menyenangkan!

SITIJA said...

Salam Asan.
Kalau betul bagus kan?

RAISA said...

Salam Asan.
Kita tunggu & lihat!
Pengerusi tu lulusan ijazah agama juga .. harap2 betul!

BID said...

Aslmkm.
Kata dah pengurus rumah tangga pulak! Susah tu - abis diurus karang, termasuk suami orang!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Kena tunggu & lihat la!

Nori said...

Salam Asan.
Nampaknya dah jadi macam bos rumah pulak .. katanya jawatan yang dimaksudkan ialah pengurus rumah-tangga .. bahaya tu!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Kita kena tunggu la agaknya!

ROHAM said...

Salam Asan.
BZ juger ke?