Sedang umat Islam diambang tahun baru hijrah 1432, kita dikejutkan dengan pendakwaan mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo. Beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo.
Khir Toyo menyatakan di laman webnya bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta. Beliau juga berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO berhubung jawatannya dalam parti.
Adakah ini petanda utama bahawa pilihanraya memang akan diadakan dalam jangka masa terdekat? Apakah ini semua adalah sebahagian dari satu plot dalam sandiwara besar?
Ketua Menteri Sarawak juga seperti telah memberi isyarat bahawa pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan pada bila-bila masa. Orang ramai tertunggu-tunggu kerana ramai rakyat Sarawak sudah membuka mata. Samaada itu bererti pemerintah akan bertukar tangan masih sukar dibacakan lagi.
7 comments:
Salam Asan.
Kita sama2 tunggu & lihat.
Salam Asan.
Begitulah suasananya di negara kita!
Salam Maal Hijrah.
Selagi usia masih di sisi, peluang terbuka luas untuk kita semua perbaiki diri.
Sama2lah kita mencari keredhaan Illahi.
Semoga tahun ini memberi rahmat yang jauh lebih baik. Amin.
Aslmkm.
Selagi tiada hijrah, sandiwara akan berterusan. :)
Selamat Maal Hijrah.
Salam Maal Hijrah.
Wishing all the best.
Salam Maal Hijrah Asan.
Salam Asan.
Kita kena tunggu la!
Selamat tahun baru Hijrah.
Post a Comment