Monday, February 28, 2011

MAKAN MURTABAK

Dua hari ni sibuk dengan sanak saudara yang datang dari kampung.  Tetiba saja mereka telefon mengatakan mereka akan datang.  Riuh jugalah dengan suara dari tambahan dua keluarga.

Mereka datang menghantar seorang anak buah yang aan memegang jawatan baru di Putrajaya mulai 1 Mach esok.  Petang tadi mereka sudah berangkat balik.

Anak buah pula akan tinggal bersama saya buat sementara.  Katanya nak mencari kawan berkongsi rumah di kawasan yang lebih dekat Putrajaya.  Kalau duduk dengan saya memang jauh juga nak pergi kerja ke Putrajaya.

Selepas sanak saudara berangkat, anak-anak pula merungut nak makan martabak.  Jadi petang tadi melayan anak-anak ke restoran mamak la.

Murtabak Ayam & Daging

Kami memesan sebiji murtabak bagi tiap seorang.  Anak-anak mahu murtabak daging, isteri mahu murtabak ayam, sementara saya dan anak buah pesan murtabak kambing.   Sekejap saja habis licin!

Thursday, February 24, 2011

TAK DAYA MELAWAN RASA LAPAR

Pagi-pagi perut dah rasa lapar nak makan.  Apa tidaknya, berjam sebelum tidur kita sudah tak makan.  Kemudian kita tidur pula antara 6 - 8 jam.

Habis semua sisa makanan di dalam perut.  Jadi kita terus melayan rasa lapar dan duduk makan.  Masaalah yang timbul pulak ialah kita makan sampai terlalu kenyang, lebih-lebih lagi jika tidak terkejar nak ke tempat kerja.

Memang tak cukup dengan semangkuk bijirin atau dua keping roti.  Kita makan telur, keju, mentega.  Malah kita sering makan nasi lemak dan makanan bergoreng atau berminyak seperti mee, mee hoon dan roti canai.

Bila usia semakin bertambah, baru mula terasa bermacam-macam sakit, lengoh dan bisa.  Malah ramai yang berpenyakit risiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, dan masaalah jantung.

Memang susah nak cakap dengan manusia seperti kita yang tahu tapi tak mengerti; cerdik tapi juga bodoh sombong.  Bila ada masaalah kesihatan, baru menjaja sana sini minta perhatian dan simpati.  Walhalnya semua kerana kecuaian sendiri.

Manusia memang bermasaalah untuk melawan rasa lapar dan nafsu makan yang tinggi.  Kita selalu lemah dan tak berdaya.

Tuesday, February 15, 2011

MELAYU TETAP IKUT HARI KEKASIH

Yang namanya Melayu tu pasti ada yang tegar dan jenis 'tak makan saman' biar apapun amaran diberi atau tindakan diambil terhadap salah laku sebagai seorang Islam.  Memang kenyataannya begitu.

Hakikatnya, ada sebilangan yang agak signifikan di kalangan orang Melayu yang tidak mengaku mereka orang Islam.  Mereka terus-menerus menafikan, tetapi perlembagaan tetap mengklasifikasi mereka sebagai Islam kerana mereka orang Melayu.  Sungguh pelek dan aneh!

Semalam, bersempena Hari Valentine atau Hari Kekasih, ramai juga orang Melayu turut merayakannya samaada secara peribadi atau terang-terangan di khalayak umum.  Sebilangan telah dicekup pihak berkuasa Jabatan Agama kerana terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan bercanggah dengan aqidah Islam.  Mengikut berita resmi, seramai 96 orang ditangkap kerana khalwat.

Mengikut undang-undang Syariah mereka ini boleh didakwa kerana kesalahan melakukan perbuatan tidak bermoral dan melanggar perintah Islam.  Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara selama sehingga dua tahun dan juga didenda.

Tuesday, February 8, 2011

RAKYAT MALAYSIA MASIH AMAT BAIK

Bila kita lihat dan dengar sekeliling dunia, kiranya rakyat Malaysia antara 'species' yang memang suka damai dan amat baik.  Memang ramai warga kita malas nak bantah-bantah tentang kerajaan.  Apalagi nak demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Apa tidaknya!  Kalau ada perhimpunan aman pun sudah digasak oleh FRU dan polis dengan 'peluru air' gas pemedih mata dan kayu bantan tu.  Ada yang sampai jatuh dan luka-luka juga.  Kalau buat rusuhan, takut pula dihujani dengan tembakan meriam dan 'machine-guns' nanti.

Kalau nak bantah dan buat demonstrasi mesti tentang pembangkang saja.  Baru polis pun tak rapat; hanya tengok dari jauh saja!

Mungkinkah bantahan serupa rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak berlaku di Malaysia?  Mereka pun puluhan tahun menahan sabar dengan gelagat sombong, angkuh dan cerdik-tak-bijak pemerintah.

Tunjuk Perasaan Di Dataran Tahrir, Kaherah
Sumber: Al Jazeera; Google

Di Mesir sana rakyat menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.  Mereka tidak dapat bertoleransi lagi setelah ditindas selama lebih dari 3 dekad.  Rusuhan ini adalah kemuncak kemarahan rakyat.

Tetapi Presiden Mubarak ternyata masih enggan turun.  Beliau masih mahu meneruskan sistem sekularisma yang telah diamalkan selama ini.

Walaupun harta kekayaan terkaut dikatakan sudah berbilion dolar, Hosni Mubarak masih berusaha untuk cuba memegang kuasa terus.  Macam boleh dibawa mati segala kekayaan dan kuasa tu!

Semoga pemimpin kita mengambil iktibar.  Jangan sampai rakyat tidak dapat mengawal kemarahan dan kekecewaan.  Buruk padahnya nanti.

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CINA

Memang kita tak akan terlepas untuk mengingati bahawa hari tahun baru Cina sudah pun tiba.  Sana sini ada perhiasan tahun baru ini.  Paling ketara ialah buah limau Mandarin dan pokok limau mula dijual di merata tempat.

Malam ini pula sudah kedengaran bunyi mercun.  Sah besok adalah Hari Tahun Baru Cina.  Dengan itu saya pun turut mengucapkan:

SELAMAT
TAHUN BARU CINA

Rasa seronok bertambah bagi ramai orang kerana minggu ini kita cuti panjang.