Thursday, February 24, 2011

TAK DAYA MELAWAN RASA LAPAR

Pagi-pagi perut dah rasa lapar nak makan.  Apa tidaknya, berjam sebelum tidur kita sudah tak makan.  Kemudian kita tidur pula antara 6 - 8 jam.

Habis semua sisa makanan di dalam perut.  Jadi kita terus melayan rasa lapar dan duduk makan.  Masaalah yang timbul pulak ialah kita makan sampai terlalu kenyang, lebih-lebih lagi jika tidak terkejar nak ke tempat kerja.

Memang tak cukup dengan semangkuk bijirin atau dua keping roti.  Kita makan telur, keju, mentega.  Malah kita sering makan nasi lemak dan makanan bergoreng atau berminyak seperti mee, mee hoon dan roti canai.

Bila usia semakin bertambah, baru mula terasa bermacam-macam sakit, lengoh dan bisa.  Malah ramai yang berpenyakit risiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, dan masaalah jantung.

Memang susah nak cakap dengan manusia seperti kita yang tahu tapi tak mengerti; cerdik tapi juga bodoh sombong.  Bila ada masaalah kesihatan, baru menjaja sana sini minta perhatian dan simpati.  Walhalnya semua kerana kecuaian sendiri.

Manusia memang bermasaalah untuk melawan rasa lapar dan nafsu makan yang tinggi.  Kita selalu lemah dan tak berdaya.

12 comments:

Zizaq said...

Salam Asan.
Manusia memang mudah ngalah pada nafsu .. ikut setan jugak!!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Nafsu juga adalah musuh bagi kita manusia.

Sanna said...
This comment has been removed by the author.
Sanna said...

Salam Asan.
Memang manusia sukar mengawal nafsu.

RAM said...

Salam Asan.
Nafsu beraja di mata, berpemaisuri di hati! Hehe.

TheFusionTea said...

Lapar 3 kali sehari. Minum lebih dari itu. Segar dan ceria selalu.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Sudah azali kejadian. Ini ujian untuk kita semua!

KERI said...

Salam Asan.
Ya la! Susah betul mengawal nafsu makan. Memanjang lapo, terutama bila hari hujan!

ROHA said...

Salam Abang Asan.
Bila dapat kita kurangkan, jika kenyang sangat pun tak termakan!

RAISA said...

Salam Asan.
Nafsu kekadang boleh ke tahap godaan setan!

SITIJA said...

Salam Asan.
Macam2 makanan ada .. masaalah jugak! Hehe.

BID said...

Aslmkm.
Kalau nak jaga badan, kena jaga makan la! Hehe.