Tuesday, February 8, 2011

RAKYAT MALAYSIA MASIH AMAT BAIK

Bila kita lihat dan dengar sekeliling dunia, kiranya rakyat Malaysia antara 'species' yang memang suka damai dan amat baik.  Memang ramai warga kita malas nak bantah-bantah tentang kerajaan.  Apalagi nak demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Apa tidaknya!  Kalau ada perhimpunan aman pun sudah digasak oleh FRU dan polis dengan 'peluru air' gas pemedih mata dan kayu bantan tu.  Ada yang sampai jatuh dan luka-luka juga.  Kalau buat rusuhan, takut pula dihujani dengan tembakan meriam dan 'machine-guns' nanti.

Kalau nak bantah dan buat demonstrasi mesti tentang pembangkang saja.  Baru polis pun tak rapat; hanya tengok dari jauh saja!

Mungkinkah bantahan serupa rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak berlaku di Malaysia?  Mereka pun puluhan tahun menahan sabar dengan gelagat sombong, angkuh dan cerdik-tak-bijak pemerintah.

Tunjuk Perasaan Di Dataran Tahrir, Kaherah
Sumber: Al Jazeera; Google

Di Mesir sana rakyat menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.  Mereka tidak dapat bertoleransi lagi setelah ditindas selama lebih dari 3 dekad.  Rusuhan ini adalah kemuncak kemarahan rakyat.

Tetapi Presiden Mubarak ternyata masih enggan turun.  Beliau masih mahu meneruskan sistem sekularisma yang telah diamalkan selama ini.

Walaupun harta kekayaan terkaut dikatakan sudah berbilion dolar, Hosni Mubarak masih berusaha untuk cuba memegang kuasa terus.  Macam boleh dibawa mati segala kekayaan dan kuasa tu!

Semoga pemimpin kita mengambil iktibar.  Jangan sampai rakyat tidak dapat mengawal kemarahan dan kekecewaan.  Buruk padahnya nanti.

11 comments:

CIKDAH said...

Aslmkm.
Harap macam tu la .. ambil iktibar, jangan terus masih angkuh!

RAM said...
This comment has been removed by the author.
RAM said...

Salam Asan.
Selalunya orang bila berkuasa jadi tamak dan lupa diri!

KAKIAH said...

Salam Asan.
Rakyat yang berkuasa!

Anonymous said...

Aslmkm.
Sejarah & nilai kita berbeza. Rakyat yang ramai mahu hidup damai. Jika payah pun, mereka meredhakan saja kerana jalan rusuhan & pertumpahan darah amat perit & menyusahkan.
Yang berani bersuara, dikekang pula habis2an.

Nori said...

Salam Asan.
Sampai bila ya?

Sanna said...

Salam Asan.
Orang Malaysia banyak yang mengadaikan maruah & agama kerana kepentingan peribadi. Rakyat pula tak ambil peduli, asal aman cari makan sendiri.

Zizaq said...

Salam Asan.
Itu la rakyat kita terjerat dalam janji muslihat yang jahat!

KERI said...

Salam Asan.
Ya. Moga2 rakyat kita tidak terus menerus dipijak2 hingga mereka tidak tertahan lagi.

ROHA said...

Salam Abang Asan.
Ya, jangan sudah mengelegak tumpah, baru mahu dibendung!

RAISA said...

Salam Asan.
Sokong pandangan Datin G. Hehe.