Tuesday, February 15, 2011

MELAYU TETAP IKUT HARI KEKASIH

Yang namanya Melayu tu pasti ada yang tegar dan jenis 'tak makan saman' biar apapun amaran diberi atau tindakan diambil terhadap salah laku sebagai seorang Islam.  Memang kenyataannya begitu.

Hakikatnya, ada sebilangan yang agak signifikan di kalangan orang Melayu yang tidak mengaku mereka orang Islam.  Mereka terus-menerus menafikan, tetapi perlembagaan tetap mengklasifikasi mereka sebagai Islam kerana mereka orang Melayu.  Sungguh pelek dan aneh!

Semalam, bersempena Hari Valentine atau Hari Kekasih, ramai juga orang Melayu turut merayakannya samaada secara peribadi atau terang-terangan di khalayak umum.  Sebilangan telah dicekup pihak berkuasa Jabatan Agama kerana terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan bercanggah dengan aqidah Islam.  Mengikut berita resmi, seramai 96 orang ditangkap kerana khalwat.

Mengikut undang-undang Syariah mereka ini boleh didakwa kerana kesalahan melakukan perbuatan tidak bermoral dan melanggar perintah Islam.  Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara selama sehingga dua tahun dan juga didenda.

10 comments:

CIKDAH said...

Aslmkm.
Nak buat macam mana! Pilihan mereka kan? Allah memang memberi pilihan .. tiada paksaan. Balasan menanti di Hari Penentuan!

Nori said...

Salam Asan.
Dah nama Melayu!
Mereka sendiri tak ngaku Islam!

ROHA said...

Salam Asan.
Melayu BOLEH! :(

SITIJA said...

Salam Asan.
Melayu Islam pasti tak mudah ikut!
Melayu selam yang mudah tenggelam!

KERI said...

Salam Asan.
Ramai juga Melayu begitu!

Sanna said...

Salam Asan.
Melayu mudah keliru!

RAISA said...

Salam Asan.
Sedih pilu kerana hakikatnya memang begitu!

BID said...

Aslmkm.
Bid mula2 keliru!
Sekarang insaf & rasa amat malu!

Zizaq said...

Salam Asan.
Melayu mudah keliru .. habis haru-biru!

Anonymous said...

Aslmkm.
Alam sekitar memainkan peranan.
Kita cubalah tunjukkan tauladan yang baik.