Monday, June 28, 2010

BISA MULUT IBU BAPA

Jiran kami di sebelah kiri kanan selalu saja kedengaran bergaduh.  Mereka keduan-duanya adalah keluarga Melayu juga.

Kebanyakan penduduk di sini adalah juga pemilik.  Tetapi jiran sebelah kiri rumah kami hanya menyewa tapi mereka sudah lama juga di sini.

Apa yang saya tidak berapa senang ialah kami sekeluarga seperti tersepit di antara dua keluarga yang sering bergaduh.  Memanglah mereka bergaduh sesama ahli keluarga mereka tetapi kekadang suara mereka terlalu kuat hingga jelas kedengaran jika kami berada di anjung rumah.  Mereka memaki hamun dan menggunakan perkataan yang kesat dan lucah.

Selalu juga kami dengar mereka mengherdik dan memaki anak-anak sendiri dengan perkataan seperti: 'Tak guna .. bodoh .. celaka .. babi .. barua .. ' dan lain-lain lagi.  Anak-anak saya pulak yang komplen kepada kami suami isteri.kerana kata-kata kesat yang digunakan itu.

Tak tahulah apa pendirian mereka.  Bagi saya itu adalah amat tidak sihat.  Keluarga saya suami isteri terdidik supaya sentiasa becakap perkara yang baik-baik tentang anak-anak.

Ucapan ibu bapa adalah seperti doa.  Jika perkataannya tidak baik, bisanya ucapan itu kerana seperti mendoakan anak-anak menjadi tidak baik begitu.  Kalau pun mereka bersalah seharusnya dimarahi sebagai nasihat supaya mereka akan menjadi baik.

Thursday, June 24, 2010

HOPE IT IS GOOD FOR SARAWAK

As a Sarawakian, I am quite pleased to hear that The Sarawak National Party (SNAP) had succeeded in setting aside its de-registration.  I hope it is good for Sarawak.

I quote the related news  in its entirety below:
PUTRAJAYA: The Sarawak National Party (SNAP) has succeeded in getting the Court of Appeal to set aside its de-registration by the Registrar of Societies (ROS), eight years ago.

The court on Wednesday also ordered ROS to pay RM10,000 costs.

Justices Datuk Zainun Ali, Datuk Ramly Ali and Datuk Zaharah Ibrahim unanimously allowed the appeal brought by SNAP’s then-deputy president Datuk Justine Jinggut against a High Court dismissal of his bid to quash the ROS decision.

The ROS de-registered Snap on Nov 5, 2002, following the party’s failure to resolve its protracted leadership crisis since April that year, and was dissatisfied with the office-bearers constituted because of the internal dispute.

Jinggut then filed a judicial review of the ROS ruling but that was dismissed by the High Court on Sept 15, 2006.-Bernama
Rumours is rife that the state election would be called anytime sooner than later.

Monday, June 21, 2010

BAKAT MENIPU

Semua orang tahu ada pelbagai cara menipu di dalam peperiksaan dari peringkat serendah sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.  Cumalah caranya jelas ikut semakin canggih mengikut bersama arus kecanggihan teknologi.

Saya ingin berkongsi tentang menipu di peringkat universiti.  Bukan apa, diperingkat sekolah itu dah ramai orang tahu.

Dulu-dulu banyak mahasiswa menyediakan jawapan bagi subjek-subjek tertentu dalam cebisan kertas kecil dan meyimpan di dalam saku.  Bila sudah melihat soalan, mana-mana yang mereka tidak berapa pasti mereka akan minta untuk keluar ke bilik air.  Selepas menyemak klue yang berkenaan, mereka masuk semula dan meneruskan menjawap soalan.

Sampai sekarang ini pun masih ada pegawai yang menduduki tempat penting tertentu melepasi era universiti dan graduasi dengan cara ini.  Bukan bererti mereka bodoh, malah mungkin sebaliknya.  Tetapi mereka telah menipu untuk berada di tempat mereka berada sekarang.

Cara canggih baru ialah dengan menyimpan data di dalam 'organizer' kecil atau di dalam telefon bimbit.  Modus operandi seterusnya hampir sama, iaitu mereka akan minta keluar selepas melihat soalan  dan menilai data di dalam simpanan.  Kemudian barulah mereka menjawap soalan yang mereka kurang pasti itu.

Kira bakat menipu pun merupakan satu seni jugalah.  Hasilnya menarik, dan boleh memberi pulangan yang lumayan. :)

Wednesday, June 16, 2010

KEBIASAAN YANG BAIK

Bila sudah ramai-ramai balik ke kampung bermacam aktivitilah dijalankan.  Paling popular ialah kenduri kahwin.  Tak kurang juga majlis doa selamat dan makan petang serta berkumpul dengan sanak saudara.

Masa beramai-ramai begini baru terperasan pelbagai kerenah makan sesama sendiri.  Apa yang nyata ramai tidak suka sayur dan buah-buahan.  Kebanyakan lebih selesa dengan lauk pauk lain.  Kalau makan buah tu banyak suka pisang saja.  Jika buah-buahan itu dibuat rojak, ramai pula yang makan.

Sebenarnya salahnya ialah semasa kecil kita amat jarang didedahkan untuk sentiasa makan sayur dan buah-buahan.  Semasa kanak-kanak, memang ramai tak suka jenis sayur dan buah.  Tetapi ibu bapa biarkan saja begitu.  Walhal hampir semua orang tahu bahawa sayuran dan buah-buahn amat baik untuk kesihatan kita.

Apabila kita semakin berumur dan penyakit mula hinggap, barulah kita insaf betapa tabiat pemakanan yang tidak sihat itu yang membuatkan kita tak sihat.   Badan perlukan vitamin, zat dan khasiat tertentu untuk terus bertenaga dan berfungsi dengan baik.

Jika dari kecil kita mengamalkan kebiasaan pemakanan yang baik, tentu ianya akan menjadi tabiat yang baik hingga kita dewasa.  Jadi tak adalah kita terdedah dengan pelbagai permasaalan kesihatan.

Monday, June 14, 2010

DOA MOHON PERLINDUNGAN

Banyak betul orang balik kampung di musim cuti sekolah ini.  Saya juga turut balik kampung bersama keluarga untuk seminggu.  Kali ini saya berjumpa dengan hampir semua kawan-kawan lama yang sedang bekerja di tempat-tempat lain kerana mereka juga balik bercuti.

Doa Naik Kenderaan

Sementelah sekarang masih musim cuti sekolah, elok juga rasanya saya mengingati diri saya dan kawan-kawan untuk sentiasa berdoa memohon perlindungan.  Saya berkongsi doa naik kenderaan ini bagi kawan-kawan yang belum mengamalkannya.  Semoga sentiasa dilindungi, insya Allah.

Friday, June 11, 2010

SINARAN CARRIE UNDERWOOD

Walaupun sudah lima tahun selepas bergelar 'American Idol' Carrie Underwood terus disayangi peminat.  Suaranya merdu dan keperibadiannya amat menyenangkan.  Lagu-lagu genra 'country' yang dinyanyikan olehnya masih digemari ramai.

Semalam idola ini memenangi dua Anugerah 'CMT' atas pilihan peminat.  Hanya dua bulan lepas beliau mencipta sejarah kerana berjaya memenangi Anugerah 'Academy of Country Music' penghibur terbaik  dua kali berturut-turut.

Apa yang jelas ialah sinaran Carrie Underwood berterusan kerana peminat.  Peminat terus menyenangi suaranya yang memang merdu dan sesuai dengan rentak 'country' itu.  Mereka juga menghargai sifat rendah dirinya.  Underwood pula sentiasa menghargai peminat serta mereka yang membantu kerjayanya.

Harapan kita agar bintang-bintang realiti TV tanahair akan mempunyai kaliber dan sifat-sifat yang disenangi peminat.

Monday, June 7, 2010

AKTIVIS KEAMANAN SELAMAT PULANG


12 Aktivis Malaysia Selamat Pulang

Semalam kedua-belas aktivis Malaysia yang turut ditahan semasa Israel menawan kapal misi keamanan Mavi Marmara tempuhari sudah selamat pulang.  Wajah mereka jelas menunjukkan keletihan yang amat sangat.  Tetapi semangat mereka masih tinggi dan mengkagumkan.

Sekarang kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peristiwa berdarah yang kejam itu. Apa yang amat menyeramkan ialah pendedahan oleh ketua delegasi Malaysia dalam rombongan berkenaan.  Katanya mereka melihat senarai nama-nama dan gambar-gambar mereka yang menjadi sasaran dan mereka sekeliannya menjadi korban.  Rakyat Malaysia tidak berada di dalam senarai berkenaan dan mereka tidak ditembak walaupun ada yang diacukan pancaran laser merah.

Maknanya misi Israeal ternyata ialah untuk membunuh.  Jadi mereka sudah tahu akan berlaku pertumpahan darah.  Apa yang dinyatakan oleh pihak Israel adalah jelas suatu pembohongan.

Ahli-ahli rombongan misi yang terlibat ialah Noorazman Mohd Shamsuddin (ketua delegasi), Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Klang councillor Jamaluddin Elias, Al Hilmi Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad Awang, Abd Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus and Mustafa Mansur as well as journalist Ashwad Ismail and cameraman Shamsul Kamal Latip.

Saturday, June 5, 2010

DAULAT TUANKU


Saya ingin merafak sembah merakamkan ucapan selamat sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda DYMM Yang Di Pertuan Agung hari ini.  Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.  Amin.

Thursday, June 3, 2010

ISRAEL MENEGAKKAN BENANG BASAH

Dengan tekanan hebat dari seluruh pelusuk dunia Israel terpaksa berlagak rasional baik dengan membebaskan tahanan misi damai bantuan kemanusiaan yang mereka tawan itu.  Tetapi itu disusuli dengan ucapan kenyataan dari Perdana Menterinya yang masih mempertahankan tindakan mereka dalam menyerang kapal Mavi Marmara itu.

Lebih dari setengah abad Israel sentiasa memberi alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka menyerang dan merampas hak Palestin.  Kuasa barat dan besar berulang kali itu juga terus memberi sokongan moral kepada mereka.

Semalam PM regim zionis terus melabelkan anggota misi yang mereka tawan sebagai ahli-ahli yang menyokong pergerakkan pengganas dunia.  Apa la punya manusia?  Tak habis-habis menegakkan benang basah dan menuding jari menyalahkan orang lain!!!