Monday, June 21, 2010

BAKAT MENIPU

Semua orang tahu ada pelbagai cara menipu di dalam peperiksaan dari peringkat serendah sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.  Cumalah caranya jelas ikut semakin canggih mengikut bersama arus kecanggihan teknologi.

Saya ingin berkongsi tentang menipu di peringkat universiti.  Bukan apa, diperingkat sekolah itu dah ramai orang tahu.

Dulu-dulu banyak mahasiswa menyediakan jawapan bagi subjek-subjek tertentu dalam cebisan kertas kecil dan meyimpan di dalam saku.  Bila sudah melihat soalan, mana-mana yang mereka tidak berapa pasti mereka akan minta untuk keluar ke bilik air.  Selepas menyemak klue yang berkenaan, mereka masuk semula dan meneruskan menjawap soalan.

Sampai sekarang ini pun masih ada pegawai yang menduduki tempat penting tertentu melepasi era universiti dan graduasi dengan cara ini.  Bukan bererti mereka bodoh, malah mungkin sebaliknya.  Tetapi mereka telah menipu untuk berada di tempat mereka berada sekarang.

Cara canggih baru ialah dengan menyimpan data di dalam 'organizer' kecil atau di dalam telefon bimbit.  Modus operandi seterusnya hampir sama, iaitu mereka akan minta keluar selepas melihat soalan  dan menilai data di dalam simpanan.  Kemudian barulah mereka menjawap soalan yang mereka kurang pasti itu.

Kira bakat menipu pun merupakan satu seni jugalah.  Hasilnya menarik, dan boleh memberi pulangan yang lumayan. :)

5 comments:

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Hmmm, ada pengalaman ke? Hehe.
Dosa yg lalu tentu ditebus juga ... semoga mereka insaf & bekerja dgn amanah & gigih untuk kebaikan semua.

KERI said...

Salam Asan.
Ni membuka pekung di dada atau sekadar menceritakan apa yg diceritakan oleh mereka yg berkenaan? Hehe .. bijak pandai le yg pandai menipu!

Zizaq said...

Salam Asan.
Katanya mmg ramai berbuat begitu .. tak tertangkap pulak ya?

KAKIAH said...

Salam ziarah.
Dahsyatnya! Banyak penipu memegang teraju .. patut arini ada berita VIp terlibat judi haram!

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Lalu jer arini. :)