Wednesday, June 16, 2010

KEBIASAAN YANG BAIK

Bila sudah ramai-ramai balik ke kampung bermacam aktivitilah dijalankan.  Paling popular ialah kenduri kahwin.  Tak kurang juga majlis doa selamat dan makan petang serta berkumpul dengan sanak saudara.

Masa beramai-ramai begini baru terperasan pelbagai kerenah makan sesama sendiri.  Apa yang nyata ramai tidak suka sayur dan buah-buahan.  Kebanyakan lebih selesa dengan lauk pauk lain.  Kalau makan buah tu banyak suka pisang saja.  Jika buah-buahan itu dibuat rojak, ramai pula yang makan.

Sebenarnya salahnya ialah semasa kecil kita amat jarang didedahkan untuk sentiasa makan sayur dan buah-buahan.  Semasa kanak-kanak, memang ramai tak suka jenis sayur dan buah.  Tetapi ibu bapa biarkan saja begitu.  Walhal hampir semua orang tahu bahawa sayuran dan buah-buahn amat baik untuk kesihatan kita.

Apabila kita semakin berumur dan penyakit mula hinggap, barulah kita insaf betapa tabiat pemakanan yang tidak sihat itu yang membuatkan kita tak sihat.   Badan perlukan vitamin, zat dan khasiat tertentu untuk terus bertenaga dan berfungsi dengan baik.

Jika dari kecil kita mengamalkan kebiasaan pemakanan yang baik, tentu ianya akan menjadi tabiat yang baik hingga kita dewasa.  Jadi tak adalah kita terdedah dengan pelbagai permasaalan kesihatan.

9 comments:

BID said...

Aslmkm.
Bagus dijadikan pengajaran kan?

Zizaq said...

Salam.
Seharusnya begitu kan?

ROHA said...

Salam.
Ya saya pun berfikiran begitu.

Anonymous said...

Aslmkm.
1st & 4most nak ucapkan bbyk terima kasih kerana terus menyokong Kak G.
Hmmm. Asan pun menukarkan design yer + Satu observation yg baik!

JijahJambu@Jj said...

jijah suka makan buah ... best

RAM said...

Salam. Ya tu, amalan yg baik mesti diajari.

BID said...

Aslmkm.
Selamat hari Bapa.

Anonymous said...

Aslmkm.
Happy Father's Day. Seney kitak?

ASAN said...

Salam semua kengkawan.
Saya sudah berkunjung balas .. ada dgn meninggalkn kesan & ada juga yg tidak. Tapi saya berterima kasih & lawat semua. :)

Menjawap kak G:
Tqvm. Arik 6 kamek udah datang situk!