Jiran kami di sebelah kiri kanan selalu saja kedengaran bergaduh. Mereka keduan-duanya adalah keluarga Melayu juga.
Kebanyakan penduduk di sini adalah juga pemilik. Tetapi jiran sebelah kiri rumah kami hanya menyewa tapi mereka sudah lama juga di sini.
Apa yang saya tidak berapa senang ialah kami sekeluarga seperti tersepit di antara dua keluarga yang sering bergaduh. Memanglah mereka bergaduh sesama ahli keluarga mereka tetapi kekadang suara mereka terlalu kuat hingga jelas kedengaran jika kami berada di anjung rumah. Mereka memaki hamun dan menggunakan perkataan yang kesat dan lucah.
Selalu juga kami dengar mereka mengherdik dan memaki anak-anak sendiri dengan perkataan seperti: 'Tak guna .. bodoh .. celaka .. babi .. barua .. ' dan lain-lain lagi. Anak-anak saya pulak yang komplen kepada kami suami isteri.kerana kata-kata kesat yang digunakan itu.
Tak tahulah apa pendirian mereka. Bagi saya itu adalah amat tidak sihat. Keluarga saya suami isteri terdidik supaya sentiasa becakap perkara yang baik-baik tentang anak-anak.
Ucapan ibu bapa adalah seperti doa. Jika perkataannya tidak baik, bisanya ucapan itu kerana seperti mendoakan anak-anak menjadi tidak baik begitu. Kalau pun mereka bersalah seharusnya dimarahi sebagai nasihat supaya mereka akan menjadi baik.
8 comments:
Aslmkm.
Betul sekali. Itu la kita orang selalu cakap pada Mak! :(
Aslmkm.
Itu la jadinya jika ibu bapa tidak cukup ilmu pengetahuan & tak beriman. Anak2 kan amanah Allah!
Aslmkm.
Benar tu! Kak G pun gitu ... diajar supaya bercakap dengan bahasa yg baik2.
Salam Asan.
Memang ada orang yg tabiaatnya begitu!
Salam.
Aduh! .. sah dari keturunan yg kurang didikan dan ilmu yg sempurna.
Aslmkm.
Lalu jer ler. :)
Aslmkm.
Bz ke? :)
Aslmkm.
Hmm .. naper dah lebih seminggu tak update?
Post a Comment