Thursday, September 30, 2010

HAK MUTLAK PINGAT KEBESARAN

Sejak akhir-akhir ini kita sering dengar bukan saja tentang penganugerahan pingat kebesaran, tetapi juga tentang pembatalan serta penarikan balik pingat itu.  Kasihan juga kepada mereka yang terpaksa melalui situasi ini walau apapun sebabnya.

Dari sejak saya kecil hinggalah kira-kira tiga tahun kebelakangan ini, sekarang barulah saya dengar tentang peristiwa pembatalan pingat kebesaran.  Sebelum itu yang kita tahu ialah mereka itu dan ini mendapat pingat kebesaran negeri-negri dan juga negara.  Pingat-pingat tertinggi akan membawa gelaran seperti Dato'/Datuk, Dato' Sri/Datuk Seri, Tan Sri dan Tun.  Isteri-isteri juga secara automatis mendapat gelaran yang setaraf..

Kini baru orang ramai sedar bahawa penganugerahan itu tertakluk kepada  beberapa syarat.  Pingat-pingat itu adalah kuasa hak mutlak ketua pemerintah negeri-negeri ataupun kerajaan pusat yakni bergantung kepada pemberinya.

Kalau begitu keadaannya, seram juga ya?  Perkara ini melibatkan maruah, jadi tentu amat memalukan jika berlaku.  Mana tau kalau sebab sebenarnya ialah kerana terfitnah berat.

Friday, September 24, 2010

WHAT A JOKE

The deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin claimed that his hands are tied in matters pertaining to the cases of the two school principals who allegedly uttered racial remarks.  He claimed only the Public Service Department (PSD), under the Prime Minister's Department could take action.

What a joke?  Politicians always talk politically.  Very often they do not mean what they say, or worst, they do not understand what they are saying!

Our leaders always cry foul about others' misdeeds and inactions.  But when these happen in their own backyard and places under their control, they would offer 101 excuses.

You try asking the PSD about this.  Know what, you would not get the straight answers too.

Friday, September 17, 2010

CAMERON HIGHLANDS NYAMAN

Saya sekeluarga mengikut kawan sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands selama dua malam.  Tempahan kawan untuk mendapat apartmen syarikat berjaya, jadi mereka memelawa kami bersama kerana apartmen tu agak besar.

Ini adalah lawatan pertama kami sekeluarga ke sana.  Rupanya jauh juga perjalanan untuk sampai di Cameron Highlands tu.  Nasib baik juga cuaca agak baik.

Cameron Highlands ni menyeronokkan juga.  Suasananya agak sunyi dan menyenangkan.  Kata orang Sarawak, "Nang nyaman!""  Rasanya mahu ke sana lagi jika berkesempatan. :)

Monday, September 13, 2010

BALIK TETAMU MENUNGGU

Isteri saya telah memberi kenyataan dengan rakan jiran tetangga semasa terakhir berjumpa sebelum balik ke kampung bahawa beliau bersedia menerima mereka berkunjung berhari raya selepas balik dari Kucing.  Rupanya mereka betul-betul menganggap itu sebagai satu undangan.

Tengah hari tadi kelam kabut isteri saya menelefon saya minta supaya segera balik dengan membeli apa-apa makanan yang dapat.  Katanya jiran-jiran menelefonnya nak datang beraya dalam pukul 4 petang.

Nasib baik juga ada gerai makanan di Seksyen 14 Petaling Jaya yang sudah mula berniaga.  Saya belilah mee bandung sebanyak 12 bungkus dengan kuahnya di asingkan.  Selepas tu, saya singgah beli tart kastad di kedai kek  yang berdekatan.

Sampai di rumah tetamu sudah pun ada.  Mereka sampai terdahulu sedikit .  Nasib baik jugalah.

Thursday, September 9, 2010

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Jom kita meraikan kejayaan Ramadhan dengan Eid Mubarak pula.  Sebulan sudah kita berusaha melakukan amalan ibdah yang baik terdaya mungkin.  Kini Syawal dah tiba.  Kita harus merayakan dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan kawan rakan semua.

Kalau di Kucing, Raya memang diraikan seminggu dengan meriah.  Ramai saling berkunjungan dari pagi membawa ke malam dengan pakaian meriah Raya.  Selama sebulan Syawal memang dimanafaatkan untuk mendekatkan kembali silaturrahim.

Pelbagai juadah dihidangkan.  Kira penuhlah meja.  Yang istimewa tu ialah kek hati pari dan kek lapis pelbagai macam.  Di samping itu, memang ada hidangan tradisonal Raya seperti ketupat dan rendang.  Biasanya juga setiap keluarga membuat juadah istimewa lain seperti laksa Sarawak, nasi kebuli. briyani dan segala lauk pauknya.

Jadi elok jugalah kita sama-sama ikut meraikan suasana gembira ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 7, 2010

LAWAK! LAWAK!

Memang betul lawak ni.  Ada ke orang Sarawak tunggu resipi makanan Sarawak dari orang Malaya!

Terlebih dahulu, saya minta maaf la jika ada yang tersinggung.  Orang Sarawak panggil orang Semenanjung demikian bukan kerana biadap atau tidak menghormati orang Semenanjung.  Tetapi itu sebenarnya memang panggilan mesra untuk orang Semenanjung.  Percayalah.  Kak G pasti mengiyakan. Ya kan? :)

Cerita lawak ni sebenarnya adalah benar.  Saya memang orang Melayu Sarawak jati.  Isteri saya pun orang Sarawak juga.  Tapi sudah lama juga kami tinggal di Petaling Jaya.  Sekarang kami sedang bercuti Raya di kampung.

Saya memang menunggu blogger Ddrfauziah aka Kak G memberi resipi bubur pedas Sarawak.  Bukan apa, selama ini semua resipinya yang isteri saya cuba memang sedap-sedap.  Lama dah kami tunggu, sejak mula Ramadhan lagi.  Saja la nak tengok apa kelainannya.

Semalam Kak G beri resipi untuk buat bumbunya.  Saya pun cerita kepada Mak dan keluarga lainnya.  Mak saya pulak kata nampak macam sedap.  Mula beliau terus nak buat selepas menyediakan bumbu mengikut resipi Kak G tu.  Last minit, dia tukar fikiran nak tunggu tengok resipi Kak G dulu pulak.  Bermacam-macam sayur dia siapkan.  Dari petang tadi dia asyik suruh saya check.

Baru sekejap tadi Kak G beri resipinya.  Mak saya terus teruja.  Dia nak buat untuk makan sahur nanti.

Itulah cerita lawaknya! Kah3 ..... memang geli hati kan?  Terima kasih banyak kepada Kak G kerana menghidupkan integrasi nasional!

Friday, September 3, 2010

RAYA HARI JUMAAT

Mengikut Rukyah, Hari Raya tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat depan, iaitu pada 10 Septembar.  Nampaknya sekali lagi kita akan mengalami hari Jumaat dengan dua kutbah: kutbah Raya dan kutbah Jumaat.

Oleh kerana Hari Raya jatuh pada hari Jumaat, cuti umum ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Jadi tidak ada cuti panjang percuma la.

Cuti sekolah pula bermula pada hari Sabtu 4 September esok dan akan berakhir pada 12 September.  Katanya ada beberapa sekolah akan mengambil cuti tambahan dua hari selepas Raya dengan menggantikannya pada mana-mana hari Sabtu.

Bagi warga kota yang berasal dari luar KL dan PJ seperti saya sekeluarga, kita kenalah sesuaikan cuti Raya dengan cuti persekolahan tahun ini.  Maknanya, pada tahun ini kita berpeluang merasakan suasana puasa lebih lama di kampung masing-masing.