Sejak akhir-akhir ini kita sering dengar bukan saja tentang penganugerahan pingat kebesaran, tetapi juga tentang pembatalan serta penarikan balik pingat itu. Kasihan juga kepada mereka yang terpaksa melalui situasi ini walau apapun sebabnya.
Dari sejak saya kecil hinggalah kira-kira tiga tahun kebelakangan ini, sekarang barulah saya dengar tentang peristiwa pembatalan pingat kebesaran. Sebelum itu yang kita tahu ialah mereka itu dan ini mendapat pingat kebesaran negeri-negri dan juga negara. Pingat-pingat tertinggi akan membawa gelaran seperti Dato'/Datuk, Dato' Sri/Datuk Seri, Tan Sri dan Tun. Isteri-isteri juga secara automatis mendapat gelaran yang setaraf..
Kini baru orang ramai sedar bahawa penganugerahan itu tertakluk kepada beberapa syarat. Pingat-pingat itu adalah kuasa hak mutlak ketua pemerintah negeri-negeri ataupun kerajaan pusat yakni bergantung kepada pemberinya.
Kalau begitu keadaannya, seram juga ya? Perkara ini melibatkan maruah, jadi tentu amat memalukan jika berlaku. Mana tau kalau sebab sebenarnya ialah kerana terfitnah berat.
7 comments:
Salam Asan.
Ya, memang hak mutlak yang memberi.
Jadi yang dapat anugerah kenalah jaga kelakuan .. karang ditarik balik!
Salam Asan.
Ya betul tu.
Bagi pinjam je le kiranya.
Macam hidup ini pun pinjaman juga!
Salam Asan.
Jika & bila berlaku penarikan balik, tentu memalukan!
Aslmkm Asan.
:) Tiap sesuatu biasanya ada peraturan & syarat!
Makanya si penerima tak boleh sombong/bongkak sangat!
Salam Asan.
Kalau sebelum tu asyik perasan boleh pensan! Hehe.
Aslmkm.
Jadi lebih elok kita tak payah bermimpi .. takut nanti jd mimpi ngeri!
Salam Asan.
Semua pun pinjaman!
Post a Comment